Pelakon Ezzaty Abdullah, 32, dimasukkan ke hospital selepas doktor mengesahkan keadaan paru-parunya berada dalam keadaan tidak normal kesan daripada batuk berpanjangan yang dialami selama 3 bulan.
Artikel Berkaitan: Cuba Larikan Diri Sebab Nak Ikut Lelaki, Pembantu Rumah Tinggalkan Dua Anak Ezzaty Abdullah
Artikel Berkaitan: ‘Bulan Depan Bertambah Bilangan Keluarga Kami Insya-Allah’- Azwan Kombos & Ezzaty Abdullah Umum Bakal Timang Cahaya Mata Kedua
Azwan Kombos minta doa umum buat isterinya
Menerusi laporan Kosmo, suami kepada Ezzaty, Azwan Kombos, memberitahu isterinya sudah mengalami batuk selama 3 bulan sehingga menganggu kerja seharian.
Disebakan kami sibuk ada ‘shooting’, baru semalam sempat ke hospital. Selepas menjalani prosedur X-ray, keputusan menunjukkan keadaan paru-paru Ezzaty dalam keadaan tidak cantik di mana terdapat lubang-lubang kecil. Keadaan paru-parunya ini mungkin disebabkan batuk yang telah lama Ezzaty tanggung.
Berikutan itu, Azwan Kombos mengharapkan doa daripada umum agar kesihatan isterinya kembali seperti dahulu. Tambahnya, doktor telah memasukkan kamera ke dalam paru-paru Ezzaty dan keputusan lanjut dijangka akan dikeluarkan dalam masa yang terdekat.
Sumber: Kosmo