Drama ‘Ku Akad Kau Dengan Bismillah’ arahan Osman Ali, akhirnya telah ditayangkan di slot Akasia TV3 semalam. Berkisahkan tentang Raisya Hannah (Sophia AlBarakbah) dan Luth Mikail (Aliff Aziz), drama ini dijangka menjadi fenomena dan mendapat tempat di hati penonton.
Maruah luruh sekelip mata
Menerusi episod pertama, Hannah adalah seorang usahawan kedai hiasan. Dia diberi tanggungjawab untuk membuat dekorasi majlis hari jadi Maira (Jasmine Suraya) iaitu sepupunya sendiri. Sewaktu majlis tersebut, Maira turut menjemput Luth Mikail.
Dari situ Maira memperkenalkan Luth kepada Hannah. Perkenalan tersebut bertukar menjadi suatu tragedi yang buruk apabila Hannah secara tidak sengaja terlanggar Luth. Gelas yang berisi air pada waktu itu habis tertumpah terkena baju Luth.
Berikutan daripada itu, Maira telah membawa Luth ke dalam bilik tidurnya untuk menukar baju yang baru. Tidak lama selepas itu, Maira terkejut apabila melihat Hannah dan Luth tidur bersama tanpa seurat benang. Kecewa melihat kejadian tersebut, Maira dipercayai tidak lagi berkomunikasi dengan Hannah.
Tak sangka adik buat macam ni
Dalam episod pertama juga, Hannah kelihatan buntu dan tidak tahu macam mana dia boleh berada di atas katil bersama Luth. Disebabkan kejadian itu juga, Hannah kehilangan ayahnya. Segala percakapan Hannah pada waktu itu tidak mudah untuk dipercayai oleh sesiapa sahaja melainkan ibunya.
Kecewa dan sedih membuatkan Hannah membawa diri ke Sabah. Dalam tempoh lima tahun itu juga, Luth mula mencari Hannah. Luth berasa bersalah kerana memusnahkan kehidupan Hannah. Kalau korang nak tahu apa yang berlaku seterusnya, jangan lupa tonton drama ‘Ku Akad Kau Dengan Bismillah’ malam ini okay!