
Pelakon Indonesia, Jefri Nichol tampil menjelaskan perkara sebenar berhubung dakwaan dia pernah menggunakan wang serta kad kredit milik bekas kekasihnya dipercayai Ameera Khan ketika mereka menjalin hubungan cinta.
Artikel Berkaitan: Rancak Balas Komen Netizen ‘Kecek’ Kelantan, Jefri Nichol Mohon Maaf – ‘Saya Tak Nak Sakitkan Hati Sesiapa’
‘Penipuan’
Menurut Jefri, 27, dia sebenarnya pernah menawarkan untuk menggantikan semula wang yang telah digunakan, namun tawaran tersebut dikatakan tidak diterima oleh wanita berkenaan.
Jefri berkata, kejadian berlaku ketika mereka berada di Dubai dan pada ketika itu dia berhasrat membelikan sesuatu untuk bekas kekasihnya.
Baby (panggilan bekas kekasih) belum move on ke? Ketika berada di Dubai itu, saya mahu membelikan sesuatu untuk dia tetapi penggunaan kad kredit saya mempunyai had.
Saya gunakan kad kredit dia dulu. Kemudian saya mahu buat pemindahan wang tetapi dia menolak. Akhirnya saya gantikan dengan membelikan gelang jenama Van Cleef.
Aktor itu pada masa sama menafikan dirinya sebagai individu yang gemar meminta orang lain menanggung perbelanjaannya.
Untuk pengetahuan kalian, saya tidak pernah minta apa-apa, apatah lagi minta dibayarkan. Saya bekerja keras untuk diri sendiri, keluarga dan sentiasa melakukan yang terbaik untuk memberi sesuatu kepada insan tersayang.
Jadi sekiranya ada orang lain memberitahu perkara yang sebaliknya, itu adalah penipuan atau kalian sebenarnya tidak mengenali saya.
Jefri turut mengakui pada awalnya dia tidak berhasrat untuk mengulas mengenai perkara tersebut, namun memilih untuk memberikan penjelasan selepas dakwaan berkenaan semakin tersebar.
Saya tidak kisah sebenarnya tetapi kerana naratifnya ke mana-mana, saya perlu bersuara.
Sebelum ini, nama Jefri menjadi perhatian selepas tular rakaman siaran langsung Ameera mendakwa dia menggunakan kad kredit sendiri untuk melunaskan bil ketika keluar berjanji temu bersama aktor tersebut.
Ameera dan Jefri sebelum ini dilaporkan mula mengenali antara satu sama lain sekitar 2023 sebelum hubungan mereka dikatakan bertukar menjadi percintaan pada awal 2024.
Bagaimanapun, hubungan itu dipercayai berakhir pada November 2025 apabila kedua-duanya memadamkan foto bersama dan tidak lagi mengikuti akaun Instagram masing-masing.
Sumber: Threads