berita

Baby Shima Saman PU Syed – ‘Saya Dinasihatkan Untuk Tidak Mengulas Lanjut’

July 13th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Penyanyi Baby Shima telah mengambil tindakan tegas iaitu dengan menyaman pendakwah bebas Syed Mohd Bakri Syed Ishak atau PU Syed dan juga pemimpin parti politik Abd Rahman Mat Noor.

Artikel Berkaitan: YB Takut Ada Aksi Tak Senonoh, Baby Shima Tampil Dengan Pakaian Litup Hormati Majlis

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Baby Shima Bergelek Di Kelab Malam?

Kenyataan media

Berdasarkan kenyataan media yang dimuat naik di Instagram (IG), peguam yang mewakili Baby Shima, Muhammad Noor Azfar Noor Azmi berkata pihaknya telah memfailkan writ saman dan pernyataan tuntutan terhadap kedua-dua individu tersebut.

Kedua-dua tindakan terhadap individu-individu yang dinamakan di atas telah difailkan di Mahkamah Tinggi Malaya di Ipoh serta Mahkamah Tinggi Malaya di Kota Bharu di atas kuasa tindakan saman fitnah (defamation) dan malicious falsehood di bawah undang-undang tort.

Setakat tarikh kenyataan ini, proses penyerahan kertas-kertas kausa kepada individu-individu yang dinamakan di atas sedang dilaksanakan bagi maksud memenuhi keperluan undang-undang.

Dalam pada itu, Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli tidak berhasrat untuk mengulas lanjut berkenaan kes saman tersebut bagi menghormati proses undang-undang dan pihak yang dinamakan belum menerima kertas-kertas kausa.

Bagi maksud menghormati mahkamah dan mengambil kira individu-individu yang dinamakan di atas masih belum menerima kertas-kertas kausa yang difailkan, anakguam kami tidak berhajat untuk mengulas lebih lanjut berkenaan merit tindakan-tindakan ini.

Kami juga menerima arahan untuk mengambil tindakan dalam masa yang terdekat ini terhadap beberapa individu dan syarikat lain yang telah terlibat dalam menyalahgunakan nama anakguam kami bagi tujuan komersial.

Anakguam kami merizabkan haknya untuk meneruskan apa-apa tindakan terhadap mana-mana pihak yang terlibat mengikut lunas undang-undang negara.

Terdahulu, tindakan undang-undang yang diambil oleh pelantun lagu Roadblock Hatiku itu adalah kerana PU Syed didakwa telah memfitnah dan menuduhnya tidak mengerti akan soal halal dan haram berhubung penganjuran konsert.

Manakala Abd Rahman pula mendakwa Baby Shima menjual agama kerana hanya memakai tudung mengikut majlis tertentu.

Sumber: Instagram Baby Shima

SKIP THIS AD ×