Penyanyi yang sering terpalit kontroversi dengan pakaian dan aksi gelek, Baby Shima tampil menutup aurat dengan mengenakan busana baju kurung dan hijab yang labuh semasa membuat persembahan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bangga Dapat Kad Pengenalan Indonesia, Baby Shima Sekali Lagi Dikecam Netizen
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bangga Dapat Kad Pengenalan Indonesia, Baby Shima Sekali Lagi Dikecam Netizen
Artikel Berkaitan: Baby Shima Serik Terima Mesej Lucah, Kali Ini Lelaki Kopiah IG Post Penuh Perkongsian Agama
Baby Shima faham konsep majlis
Baru-baru ini penyanyi berusia 30 tahun itu telah dijemput untuk membuat persembahan di Kuantan, Pahang. Namun beberapa hari sebelum persembahan ada pihak yang tidak senang dengan kehadirannya kerana risau akan ada aksi tidak sopan.
Walau bagaimanapun, Shima tampil berpakaian menutup aurat kerana dia memahami akan konsep yang ditetapkan penganjur dan menghormati majlis bersempena peristiwa Israk dan Mikraj.
Shima atau nama sebenarnya Nor Shima Ramli menyatakan dia sangat terkilan dengan persepsi buruk sesetengah pihak.
Selesai ‘bergoyang’ ya habibi hari ini. Next time datang dulu sebelum berkata-kata. Bila Shima dapat tau ada show dan hari Isra Mikraj, Shima sendiri yang ingin tampil seperti ini.
Ada yang kata Shima tidak hormat hari mulia ini. Padahal mereka belum melihat dulu penampilan yang akan Shima persembahkan.
YB terima banyak aduan dan bantahan
Terdahulu, menerusi sebuah kenyataan di Facebook (FB), pelbagai aduan dan bantahan telah dikemukakan kerana risau persembahan penyanyi yang turut melebarkan sayap di Indonesia ini bakal mengundang insiden tidak bermoral berlaku di atas pentas.
Susulan itu, Ahli Parlimen Kuantan, Wan Razali Wan Nor mengambil tindakan dengan menghantar surat bantahan kepada Majlis Bandaraya Kuantan.
Kebanyakan acara yang di susun sangat baik untuk manfaat masyarakat setempat. Namun persembahan artis Baby Shima adalah tidak perlu.
Di bulan Rejab yang mulia ini, sepatutnya kita memperbanyakkan amalan mulia, bukannya melakukan aktiviti mengundang murka Allah.