Bukan kali pertama penyanyi Baby Shima menjadi mangsa gangguan seksual dengan menerima kiriman mesej berbaur lucah di media sosial.
Artikel Berkaitan: ‘Jangan Rasa Diri Kita Mulia & Semua Artis Itu Pendosa’ – Baby Shima
Mau ‘main’ 2 jam?
Terbaru, Baby Shima mendedahkan tangkapan skrin (screenshot) direct message (DM) daripada seorang pengikut lelaki yang mengajak melakukan perbuatan tidak senonoh.
Menerusi hantaran itu, penyanyi berumur 28 tahun itu berkongsi nama akaun serta wajah lelaki miang itu.
Berdasarkan mesej yang dihantar, lelaki itu bertanya bayaran deposit yang perlu dibayar untuk ‘main’ selama dua jam.
Tak ada jual beli
Sementara itu, pemilik nama Nor Ashima Ramli menegaskan tidak ada bisnes jual beli yang dilakukan selain membuka tawaran kepada mana-mana individu untuk ‘main’ dengan lelaki terbabit.
Sini tak ada jual beli main. Sesiapa mau main sama dia boleh bagi less (diskaun) sama dia. Main apa pun Shima tak tau lah.
Sumber: Instagram