Penyanyi, Syada Amzah menyifatkan penyanyi dangdut, Baby Shima sebagai seorang yang peramah dan baik.

Artikel Berkaitan: Syada Amzah Mahu Ruang Sendiri Selepas 24 Tahun Kongsi Bilik – ‘Saya Penat, Bila Bangun Tidur Rasa Kecewa’

Artikel Berkaitan: ‘Saman Bukan Nak Makan Duit Tapi Ajar Tak Ulang Kesilapan’ – Baby Shima Tegur Netizen Salahkan Kerajaan

Menilai daripada luaran

@syadaamzahh

Say anything you want la about a person, if you hanya pandang luaran je then i don’t think you’re observing enough. She got mocked a lot, but everytime i see her, she’s always so friendly and baik, she’s never not in the mood or make people around her feels uncomfortable. I love working with her, or even be in her space, the one and only, Baby Shima 🫶🏻

♬ sonido original – MUNTA* / JØSEPH

enerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Syada berpendapat bahawa menilai seseorang daripada luaran semata tidak mencerminkan siapa mereka sebenarnya.

Tambah Syada, pelantun lagu Masuk Lagi itu sering memberikan yang terbaik walaupun kerap kali menjadi bahan ejekan.

Kata apa sahaja yang mahu tentang seseorang, tetapi jika hanya menilai dari luaran, itu bermakna anda belum benar-benar mengenalinya.

Dia sering menjadi bahan ejekan, namun setiap kali saya bertemu dengannya, dia sentiasa peramah dan baik.

Tidak pernah sekalipun dia datang dalam keadaan tidak bersemangat atau membuat orang di sekeliling berasa tidak selesa.

Selain itu, Syada atau nama lengkapnya Nursyuhada Amir Amzah, 28, akui mudah bekerjasama dengan Baby Shima tanpa sebarang masalah.

Saya suka bekerja dengannya, malah hanya berada dalam ruang yang sama pun sudah cukup menyenangkan. Dialah satu-satunya, Baby Shima.

Sumber: TikTok @syadaamzah