Ikatan perkahwinan pasangan selebriti, Bad Indigo dan isteri, Ashira Aziz tidak bertahan lama setelah mereka mengumumkan sah bercerai.
Artikel Berkaitan: Fikir Nasib Asnaf Lain, Bad Indigo Segan Nak Terima Bantuan Zakat – ‘Saya Masih Mahu Mencuba Cari Rezeki’
Artikel Berkaitan: Netizen Sakan Kecam Sebab ‘Free Hair’, Ashira Bersuara – ‘Tak Semua Manusia Yang Tak Bertudung Itu Hina ..’
Tak akan buka aib
View this post on Instagram
Menerusi hantaran video di Instagram (IG) pada Khamis, Bad, 46, menyatakan mereka telah berpisah secara baik dan membuat keputusan untuk kekal berkawan.
Kami sudah capai persetujuan bersama, jadi kami dah sah berpisah tapi tetap berkawan. Kita memang nak berkawan sampai bila-bila.
Tambah pemilik nama Badrul Izhan Yeop Abdullah, dia menegaskan tidak timbul orang ketiga dalam rumah tangga namun punca perpisahan menjadi rahsia.
Saya sayang dia. Apa sebabnya kita tak boleh cerita… yang penting tak ada orang ketiga. Apa-apa yang berlaku dalam perkahwinan ni, ia adalah satu aib.
Mendedahkan aib walaupun sendiri yang mendedahkan adalah dosa. Biar Allah yang tahu. Semoga tiada lagi pertanyaan mana Ashira, mana Bad? Minta semua jangan cerita benda tak betul fasal kami.
Jangan keluar cerita tak betul
Sementara itu, Ashira, 37, memohon agar tidak ada mana-mana pihak membuat spekulasi tidak betul mengenai rumah tangga mereka.
Kata pemilik nama lengkap Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz, dia juga tidak akan menjawab pertanyaan daripada pihak media yang ingin mengetahui lebih lanjut.
Kami tak nak keluar daripada mulut orang lain sebab banyak sangat cerita-cerita yang kat luar tu yang tak betul. Jadi harap benda ni jelaslah.
Tak ada masalah antara kami, kalau ada masalah saya tak ada dalam kereta ni.
Saya tak terima pertanyaan media yang ingin tahu apa punca perpisahan. Biarlah saya, dia (Bad) dan Allah saja tahu.
Untuk rekod, bekas peserta Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7), Ashira Aziz dan Bad daripada kumpulan Indigo selamat disatukan sebagai suami isteri dengan sekali lafaz pada 11 Mac tahun lalu.
Bad bergelar bapa tunggal sejak 2010 dan dikurniakan dua cahaya mata, Rayyan, 13, dan Rania, 12 manakala Ashira pula berstatus ibu tunggal pada 2015 dan memiliki seorang anak lelaki, Megat Shazril Haziq Hadi, 16.
Sumber: Instagram @bad.indigo_official