Umum tahu anggota kumpulan Indigo, Bad kini memegang kad OKU (Orang Kurang Upaya) selepas menjalani pembedahan membuang semua jari kaki sebelah kiri akibat diabetes, pada September lalu.
Artikel Berkaitan: Tiada Pendapatan Langsung, Bad Indigo Tak Kisah Dapat Bantuan Asnaf – ‘Skim i-Citra Cuma Untuk Lima Bulan Saja’
Saya masih mahu mencuba
Ketika ditemui OhBulan!, Bad, 46, menyatakan dia berasa segan untuk menerima mana-mana bantuan daripada badan kebajikan walaupun dia sebenarnya layak.
Memikirkan nasib asnaf lain yang lebih memerlukan, Bad atau nama sebenarnya Badrul Izhan Yeop Abdullah berkata dia masih ingin berusaha sendiri mencari rezeki dan akan menghubungi semula badan kebajikan terbabit sekiranya tiada jalan penyelesaian.
Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Lembaga Zakat Selangor ada memaklumkan kepada saya dan mahu membantu. Tetapi buat masa ini, saya tak mahu ambil lagi bantuan daripada kedua-duanya sebab masih mahu mencuba.
Saya segan nak ambil duit yang tentunya ada asnaf lain lebih memerlukan. Saya ada luahkan perkara ini pada pegawai yang bertugas. Tetapi mereka ada kata, saya ini layak terima.
Katanya, zakat bukan hanya kepada fakir miskin sahaja, ada banyak kategori. Dia beritahu supaya saya jangan risau, tetapi tak mengapalah. Jika saya sudah bersedia atau tiada langsung cara lain untuk hidup, mungkin saya akan hubungi mereka. Insya-Allah.
Turut hadir menemani Bad pada malam Ahad di program Gegar Vaganza (GV) adalah isterinya, Ashira, yang juga merupakan bekas peserta program GV untuk musim yang ketujuh (GV7).
Nak jalan kena guna ‘walker’
Bercerita mengenai keadaan kesihatannya, Bad memberitahu dia terpaksa menggunakan ‘walker’ untuk bantu dia bergerak. Katanya lagi, dia masih perlu mendapatkan rawatan di hospital secara berkala.
Ingin berdikari dan enggan menyusahkan isteri tercinta, Bad memilih untuk menguruskan diri sendiri termasuk ke tandas serta memandu ke hospital.
Lima jari kaki kiri telah dibuang dalam proses pembedahan yang dilakukan secara berperingkat iaitu pada bulan Januari, Mac dan September lalu. Sejak keluar dari hospital awal tahun lalu lagi saya memang kena guna ‘walker’ untuk bantu pergerakan.
Paling susah nak urus diri adalah dalam tandas. Tapi nak tak nak, kena buat juga. Saya juga uruskan diri sendiri tanpa mahu menyusahkan isteri. Begitu juga kalau nak ke hospital untuk rawatan berkala itu, saya akan bergerak dan pandu kereta sendiri.
Terdahulu, Bad dimasukkan ke PPUM dan terpaksa menjalani pembedahan bagi membuang jari kaki. Ia disebabkan jangkitan gangren pada jari hujungnya.