
Penyanyi dan pelakon, Andi Bernadee berkongsi gaya pemakanan yang diamalkan setiap kali dirinya tidak memiliki sebarang penggambaran.
Artikel Berkaitan: Andi Bernadee Mahu Naikkan Berat Badan, Hilang 20 Kg Sejak Sembilan Bulan Lalu – ‘Sekarang Saya 46 Kg’
Artikel Berkaitan: Andi Bernadee Cabar Diri Hayati Watak ‘Duda Hot’ Menerusi Drama Boleh Saya Bantu?
Rutin harian
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Andi atau nama lengkapnya Andi Azrul Andi Mapangile, 33, tegas dengan pendiriannya untuk mencapai berat badan ideal.
Ujarnya, dia berharap tiada pihak yang menilai keputusannya hanya kerana dirinya yang kelihatan sedikit berbeza dari imej dulu.
Aku nak tutup buku gemuk-kurus mulai hari ini.
Ini aturan aku. Makanan harian (portion kanak-kanak). Makan malam kadang-kadang tak ambil, ganti dengan buah.
Seperti buah jambu batu dan air, nenas, epal, mangga muda dan anggur.
Tapi kalau kerja dari pergi hingga malam, aku akan makan lima kali, portion orang dewasa. Tak boleh diet, aku nak tenaga untuk shooting 15 ke 16 jam sehari.
Benda ini bukan sebulan terus jadi, aku ambil masa 9 bulan untuk fokus aturan ini. Tapi konsisten adalah kuncinya.
Badan saya, pilihan saya
Dalam pada itu, pelantun lagu Donde ini berkata, dia tidak memiliki pakar diet mahupun mengikuti perjalanan orang lain.
Benda ini aku buat bila dekat rumah, terutama ketika tiada shooting.
Aku tiada pakar diet. Aku tak google, aku tak ikut rutin orang lain dan aku tak tengok perjalanan orang lain.
Aku catu makanan aku sendiri sebab masalah utama aku adalah lima makanan sehari.
Badan saya, pilihan saya.
Hentikan memalukan orang berbadan kurus.
Susulan itu, Andi juga memaklumkan dia banyak terlibat dengan sukan seperti ‘pickleball’ sebagai salah satu usahanya untuk kurus dengan sihat.
Sumber: TikTok @andibernadee