berita

‘Bagaimana Begitu Mudah Dia Ubah Pendirian?’ – Ramasamy Respon Tindakan Syed Saddiq Maafkan Zakir Naik

August 25th, 2019 | by Amat Larbsib
Isu & Kontroversi

Ternyata foto dan kapsyen yang dimuatnaik Menteri Belia Dan Sukan, YB Syed Saddiq telah mengundang reaksi dari pelbagai pihak. Menerusi laman Twitter Syed Saddiq itu, dia telah mengajak penceramah bebas, Dr Zakir Naik untuk makan malam bersamanya. Dia turut menyatakan Dr Zakir Naik telah pun memohon maaf atas kenyataan kontroversinya sebelum ini.

Susulan itu, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr. P. Ramasamy menzahirkan rasa kesal atas tindakan yang telah dilakukan Menteri Belia Dan Sukan itu.

Adakah benar-benar rasa beliau ikhlas?

Dr P. Ramasamy sebelum ini mengkritik mana-mana pihak yang mempertahankan Dr. Zakir Naik untuk kekal tinggal di Malaysia. Dia turut menzahirkan kekesalannya terhadap tindakan Syed Saddiq mengubah pendirian apabila Zakir membuat permohonan maaf secara terbuka selepas didakwa menyentuh sensitiviti kaum lain.

Tindakan Syed Saddiq membuat pusingan 360 darjah bukan sahaja mengejutkan semua pihak malah turut dipersoal bagaimana begitu mudah beliau mengubah pendirian.

Syed Saddiq sepatutnya menyedari hakikat di sebalik permohonan maaf Zakir, adakah anda benar-benar rasa beliau ikhlas?

Malah, dia turut menyifatkan permohonan dari penceramah itu adalah tidak ikhlas dan mungkin ada sesuatu.

Menzahirkan rasa tidak puas hati

Sementara itu, Dr P. Ramasamy turut mengkritik pendirian Presiden MIC, Tan Sri S. A. Vigneswaran yang menyerahkan kepada Putrajaya untuk menentukan kedudukan Zakir.

MIC sekadar menzahirkan rasa tidak puas hati kepada Pas yang tidak menasihatkan Zakir supaya berhenti menyentuh sensitiviti kaum lain. MIC seolah-olah tidak kisah dengan kehadiran Zakir ke negara ini.

MIC dilihat terus berhalusinasi sebagai wakil kaum India di negara ini sedangkan parti itu sudah tiada fungsi kecuali mengeluarkan kenyataan akhbar dan menganjur pertemuan berbentuk keagamaan.

Sumber: Utusan Online