berita

‘Bagi Betis, Mohon Pelempang’ – Minta Bantuan Tapi ‘Kekwat’, Siap Minta Macam-Macam Lagi!

July 5th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Tak dinafikan, ramai rakyat Malaysia yang merungut dan gusar dengan pengumuman kerajaan tentang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Hal ini kerana, ianya secara tidak langsung memberi kesan kepada ramai individu sehinggakan ada di antara mereka kehilangan pekerjaan. Meskipun begitu, ramai insan prihatin yang aktif dalam menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Artikel Berkaitan: ‘Kata Nak Tolong Orang, Hantar Jela’ – Lelaki Terkilan, Nak Bagi Bantuan Lampin Tapi Kena Bebel!

Artikel Berkaitan: Minta Bantuan Tapi ‘Demand’ Jenama Lampin Mahal, Siap ‘Sekolahkan’ Pulak Si Pemberi…

Tetapi kali ini lain pula kisahnya dengan kerenah seorang penerima bantuan ini yang seakan ‘demand’ dan mahukan bermacam-macam barangan bantuan.

Diberi betis hendak peha

Sekadar gambar hiasan

Di Facebook, seorang wanita yang dikenali dengan Nur Ain Nadyan dan juga merupakan pemberi bantuan berkongsi pengalamannya apabila berdepan dengan penerima bantuan yang banyak kerenah. Bukan itu sahaja, individu ini juga seperti tidak malu meminta bermacam-macam barangan. Apa yang tidak disangka-sangka, individu terbabit selamba menghantar senarai keperluan yang dia mahukan termasuklah 3kg daging, sotong besar 1kg, telur ayam gred A dua papan dan macam-macam lagi.

Maaf, saya cuba bersopan, tapi saya pun ada rasa penat. Bagi betis, mohon pelempang. Saya dengan rela nak bagi free, minggu lepas dah hantar ayam, barang basah sikit. Adik-adik saya pun tak minta macam ni lagi dengan saya.

Geram dengan tindakan itu, Nur Ain Nadyan sengaja meminta ‘bayaran’ terlebih dahulu kepada individu terbabit termasuklah dengan caj penghantaran. Difahamkan, sehingga kini individu itu langsung tidak memberi respon meskipun dia sudah membaca WhatsApp yang dikirim oleh Nur Ain Nadyan.

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan netizen meluahkan rasa geram dengan sikap segelintir penerima bantuan yang terlalu demand  dan mengambil kesempatan atas keikhlasan orang lain.

Minta macam-macam

Sumber: Nur Ain Nadyan

SKIP THIS AD ×