Foto: Sirap Limau
Tidak dinafikan ramai individu yang terkesan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuat kuasa oleh kerajaan dalam memutuskan pandemik Covid-19 ini. Bagaimanapun, ramai insan prihatin di luar sana yang aktif memberikan bantuan tidak berbelah bahagi kepada mereka yang memerlukan.
Artikel Berkaitan: ‘Kata Nak Tolong Orang, Hantar Jela’ – Lelaki Terkilan, Nak Bagi Bantuan Lampin Tapi Kena Bebel!
Namun, menerusi satu status yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Mimi Rozmiza Rozman menceritakan ‘kerenah’ seorang penerima bantuan yang menginginkan untuk menerima bantuan lampin pakai buang untuk anaknya. Beri betis mahu peha pula!
Lampin untuk anak 5 tahun
Foto: Sirap Limau
Kisahnya bermula, apabila wanita ini menerima satu mesej daripada seorang wanita yang lain memaklumkan tentang bantuan yang diinginkannya berserta spesifikasi barangan tersebut. Apa yang mengejutkan, apabila wanita berkenaan meminta untuk diberikan lampin pakai buang buat anaknya yang berusia lima tahun dan turut memberi tahu akan jenama yang digunakan selama ini.
Namun, Mimi Rozmiza Rozman memberitahu dana yang digunakan untuk membeli sebarang bantuan bergantung kepada jumlah penyumbang yang diterima olehnya. Bagaimanapun, atas salah faham yang berlaku penerima bantuan itu bertindak memarahi wanita berkenaan dan turut menghantar mesej panjang buatnya.
Menerusi mesej tersebut, dia (penerima bantuan) sama sekali tidak kisah akan kecaman orang ramai berikutan anaknya yang masih memakai lampin pakai buang walaupun bakal menjejaki ke sekolah kelak. Ujarnya lagi, dia sama sekali tidak akan menggunakan lampin pakai buang yang murah yang akan memberi kesan terhadap kulit anaknya itu.
Buat apa aku susahkan diri kalau boleh senangkan diri. Dah anak aku boleh pakai lampin pakai buang , buat apa aku melayan ajar bebas pakai lampin pakai buang. Tak mampu bagi cakap je siang-siang, ramai lagi NGO lain yang mampu bagilah.
Ko simpan jelah lampin pakai buang buruk tu untuk rakyat yang selayaknya pergi mamp**. Sikit pun aku tak hairan.
Mesej perbualan penuh
Foto: Tangkap layar perbualan
Sumber: Mimi Rozmiza Rozman