Pengacara dan pelakon Raffi Ahmad, 34, mendedahkan memberi duit belanja bulanan kepada isterinya, Nagita Slavina sebanyak 200 juta rupiah atau lebih RM58,000.
Beri 50 juta rupiah & tiga kad kredit
Memetik laporan Liputan6, Raffi atau nama sebenarnya Raffi Faridz Ahmad berkata dia juga menyerahkan kepada Nagita untuk menguruskan wang hasil daripada Youtube.
Saya beri duit belanja dekat Nagita dalam 50 juta rupiah, tiga kad kredit yang setiap kad itu ada 50 juta rupiah juga.. jadi keseluruhan 200 juta rupiah la.
Nagita juga yang urus duit yang saya terima daripada Youtube. Selalunya, kalau saya nak beli apa-apa, saya pakai duit saya sendiri.
Isteri pandai jimat
Tambah pelakon filem Mencari Dory, dia kagum dengan sikap Nagita yang tidak boros berbelanja.
Katanya lagi, isterinya hanya akan menggunakan kad kredit untuk keperluan sahaja.
Nagita bagus. Dia tidak pernah habiskan tetapi akan menggunakan wangnya sendiri. Dia hanya akan menggunakan kad kredit jika perlu saja.
Walaupun begitu, pelantun lagu Lepaskan Saja tetap mengajar isterinya agar makin bijak dalam menguruskan wang.
Terdahulu, Raffi mendirikan rumah tangga dengan Nagita pada tahun 2014 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Rafathar Malik Ahmad yang kini berusia enam tahun. Nagita kini sedang hamil anak kedua.
Sumber: Liputan6 & Instagram @Raffinagita1717