Tiada angin tiada ribut, nama pengasas produk Ainaa Beauty, Hafiz Mahamad mencuri perhatian netizen di media sosial berikutan didakwa menjadi punca agama difitnah susulan video depan Kaabah viral di luar negara.
Artikel Berkaitan: Hafiz Mahamad Dituduh Jadi Punca Agama Difitnah, Video Depan Kaabah Viral Di Luar Negara
Bagi saya masa
Berikutan daripada itu, Hafiz tampil memberi respons berhubung isu yang sedang viral ini. Menurut Hafiz di Instagram Story, ramai sahabatnya berkongsi dan memberitahu mengenai kewujudan ciapan tersebut.
Ujar Hafiz, dia akan mengambil tanggungjawab mengenai apa yang berlaku meskipun ada yang menasihatinya supaya berdiam diri.
Hari ini ramai sahabat yang update tentang ini. Terima kasih sahabat kerana bagitahu saya. Ada yang nasihat saya suruh diam. Tapi saya nak bertanggungjawab kerana agama atas kenyataan/persepsi dari tweet ini.
Bagi saya masa untuk kukuhkan input dan minta pandangan dari yang pakar supaya kesilapan lama tidak akan berulang. Doakan saya ada kemampuan untuk usahakan perkara ini. Terima kasih sahabat-sahabat yang baik atas kata-kata yang baik.
Terdahulu, seorang pengguna di aplikasi X mengucapkan ‘tahniah’ kepada Hafiz kerana videonya itu telah menjadi konten fitnah di negara luar.
Difahamkan video yang dimuat naik semula oleh pengguna X Hindutva Knight telah meraih sehingga 5 juta tontonan. Di ruangan kapsyen, pengguna X ini menulis golongan wanita telah mengalami gangguan yang ganas ketika beribadah di Mekah.
Individu tersebut juga cuba menimbulkan provokasi mempersoalkan adalah masjid sebuah tempat yang selamat untuk wanita.
Susulan viral hingga dipandang serong oleh agama lain, netizen kebanyakannya berasa malu dengan tindakan Hafiz Mahamad dan menasihati usahawan itu untuk lebih berhati-hati apabila melakukan konten di media sosial.
Sumber: Hafiz Mahamad