Pelakon, Datin Rebecca Nur Al Islam belum bersedia untuk memberi sebarang kenyataan berhubung dakwaan rumah tangga bersama suami, Datuk Nur Azman Sulaiman dikatakan sudah berakhir.

Artikel Berkaitan:[VIDEO] Rebecca Nur Al Islam Kongsi Gambar Kerana Terlalu Bangga Bonda Rozita Jadi Kakak Ipar

Beri ruang

Ketika dihubungi OhBulan!, Rebecca, 39, meminta semua pihak memberi ruang untuknya bertenang serta mendoakan agar dirinya terus diberi kekuatan.

Bagi saya ruang sekejap dahulu. Saya amat hargai keprihatinan semua pihak.

Terima kasih kerana memahami keadaan saya, terus doakan saya dan anak-anak.

Terdahulu, hantaran di Instagram Rebecca menimbulkan seribu persoalan apabila dia memuat naik gambar suaminya dengan kapsyen seakan memberi bayangan mengatakan mereka sudah bercerai.

Aktres itu juga mengucapkan terima kasih kepada suaminya di atas jasa yang telah ditaburkan selama 18 tahun mereka mendirikan rumah tangga.

18 tahun bersama, semoga Allah merahmati dan melindungi diri awak. Terima kasih untuk 18 tahun kenangan bersama.

Kita sudah lakukan yang terbaik, tetapi Allah adalah sebaik-baik perancang.

Menguatkan lagi dakwaan bahtera perkahwinan pasangan itu sudah musnah apabila Rebecca turut menukar bio Instagram dengan kapsyen ibu tunggal kepada tujuh anak.

Imbas kembali, Rebecca dan Azman mendirikan rumah tangga pada 14 Januari 2011.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan enam cahaya mata dan membesarkan seorang anak angkat.