Pelakon, Datin Rebecca Nur Al Islam memberi bayangan bakal ‘terbang’ ke satu lokasi yang tidak dedahkan.

Artikel Berkaitan: ‘Bagi Saya Ruang, Terus Doakan’ – Rebecca Nur Al Islam Belum Sedia Ulas Dakwaan Sudah Bercerai

‘Im going fly’

Menerusi hantaran di Instagram, Rebecca, 39, mengucapkan selamat tinggal kepada kuda miliknya yang diberi nama Ottawa sebelum dia berangkat pergi.

Kata aktres itu, dia juga terpaksa melepaskan haiwan tersebut kepada pemilik baharu meskipun berat hati melaluakn hal berkenaan.

Jumpa lagi kesayangan mommy (panggilan Rebecca). Doakan mommy, mommy sayang Ottawa.

Mommy going fly (saya akan terbang). Ottawa kena sihat selalu di tempat baharu dan tuan baharu.

Ottawa sentiasa di hati mommy kerana awak adalah baby pertama mommy.

Perkongsian itu sekali gus mengundang rasa sebak dalam kalangan wargamaya dan rata-rata komen yang ditinggalkan turut berasa sedih.

Terdahulu, Rebecca mengakui belum bersedia untuk memberi sebarang kenyataan berhubung dakwaan rumah tangga bersama suami, Datuk Nur Azman Sulaiman dikatakan sudah berakhir.

Rebecca meminta semua pihak memberi ruang untuknya bertenang serta mendoakan agar dirinya terus diberi kekuatan.

Imbas kembali, Rebecca dan Azman mendirikan rumah tangga pada 14 Januari 2011.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan enam cahaya mata dan membesarkan seorang anak angkat.

Sumber: Instagram