berita

Bagindas Bakal Cipta Fenomena Buat Peminat Di Malaysia

October 5th, 2023 | by Yong
Kini Trending

Kemunculan kumpulan Bagindas di konsert Kangen Band mendapat maklum balas yang positif dalam kalangan peminat kumpulan ini yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 2 September lalu.

Artikel Berkaitan: ‘Tomok Penyanyi Yang Bagus & Senior, Jangan Bandingkan Kami’ – Naqiu

Artikel Berkaitan: Radja Anggap Malaysia Sebagai Rumah Kedua, Tidak Serik Buat Konsert

Mencetus fenomena

Kumpulan terkenal yang berasal dari Indonesia ini bakal menggegarkan peminat tanah air dengan deretan lagu hits mereka menerusi konsert Bagindas Live In Kuala Lumpur iaitu ‘Suka Sama Kamu’ yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur jam 8 malam pada 30 November ini.

Dikatakan, bagindas yang dianggotai oleh Andra, Wendy, Fery dan Ragil itu bakal membawakan sesuatu yang istimewa dan eksklusif buat seluruh peminat setia mereka.

Menurut penganjur, Purosangue Entertainment, konsert Bagindas Live In Kuala Lumpur ‘Suka Sama Kamu’ itu bakal mencetuskan satu lagi fenomena.

Band Bagindas bukanlah asing dalam kalangan pencinta muzik tanah air. Kebanyakan lagu-lagu mereka cukup melekat dan menjadi pujaan peminat di kedua-dua negara.

Jadi, melihatkan sambutan dan sokongan padu yang diberikan kepada Bagindas membuatkan kami cukup yakin untuk menganjurkan konsert ini. Berbekalkan kredibiliti yang dimiliki Bagindas, mereka mampu menghiburkan peminat kerana kami percaya kumpulan ini mempunyai pengikut tegar di sini.

Sementara itu, Andra berkata bahawa Malaysia sentiasa menjadi pentas yang dinanti-nantikan untuk mereka mengadakan konsert.

Selama ini kami sentiasa menunggu peluang untuk mengadakan konsert sulung di Malaysia. Kami sering menerima permintaan daripada peminat yang mahu kami datang ke Malaysia untuk membuat konsert.

Kami menganggap tahun ini adalah waktu yang tepat dan rezeki untuk kami bertemu dengan peminat Bagindas.

Sesuatu yang cukup istimewa apabila konsert Bagindas Live In Kuala Lumpur ‘Suka Sama Kamu’ mempersembahkan kelainan dari segi muzik menerusi kolaborasi bersama DJ Rycko Ria.

Gabungan muzik campuran semula atau remix daripada Bagindas X DJ Rycko Ria pastinya sesuatu yang dinanti dan mengujakan kerana ia bertepatan dengan cita rasa pendengar masa kini.

Tiket untuk menuyaksikan Konsert Bagindas Live In Kuala Lumpur ‘Suka Sama Kamu’ dijual pada harga RM3600 (VIP Box), RM200 & RM225 (Seating Price), RM179 (Normal Standing Ticket Price), RM139 (Early Bird Standing Price) di website www.purosangue.live.

SKIP THIS AD ×