Pelakon Ika Nabella tampil membongkar sisi gelap industri seni yang pernah dilaluinya suatu ketika dahulu.

Artikel Berkaitan: ‘Bakal Pengantin Sempat Hadirkan Diri Ke Majlis Khatam Pengajian Kitab Syamail’ – Ika Nabella

Artikel Berkaitan: Ika Nabella Pertahan Tindakan Bawa Anak Lelaki Masuk Tandas Wanita – ‘Keselamatan Dia Tidak Boleh Dirunding’

‘Sisi gelap industri yang ramai tak tahu’

Menerusi hantaran di aplikasi Threads, Ika mendedahkan bahawa kira-kira 17 tahun yang lalu, dia pernah didekati oleh seorang penerbit yang mengajaknya keluar temu janji.

Sisi gelap industri yang ramai tak tahu.

17 tahun lepas, ada seorang penerbit ajak saya dating dengan ayat ‘kata nak jadi heroin Akasia.’ 

Dia tak tahu yang saya ni jenis hati kering, memang tak layanlah.

Penerbit tersebut didakwa menggunakan tawaran watak utama dalam slot drama sebagai umpan untuk mendekati para pelakon wanita.

Jelas Ika, walaupun dia menolak tawaran tersebut namun dia tetap berjaya membintangi pelbagai drama di beberapa slot utama di stesen televisyen.

Alhamdulillah, walaupun tak pernah sekali pun keluar temu janji dengan mana-mana penerbit, Allah izinkan muka saya keluar TV berturut-turut. 

Bukan slot Akasia saja, malah Lestary, Samarinda, Lagenda, Cerekarama, Megadrama dan macam-macam lagi.

Selepas sekian lama menyepi daripada dunia lakonan kerana sibuk menguruskan keluarga dan anak-anak, Ika turut meluahkan rasa rindu untuk kembali ke set penggambaran.

Rindunya nak berlakon! Sejak jadi mak ni memang sibuk betul uruskan keluarga, tapi rasa macam dah sedia nak kembali!”

Pendedahan yang dibuat Ika itu susulan membalas perkongsian hos dan pelakon, Adriana Adnan, yang sebelum ini mendedahkan ada segelintir pihak dalam industri yang menyuruhnya sengaja mencipta kontroversi.

Adriana mendakwa namanya dianggap terlalu ‘bersih’ dan tidak mempunyai nilai berita kerana tidak tular di media sosial. 

Sumber: Threads Ika Nabella