
Ramai kaum hawa memilih untuk tidur tanpa memakai baju dalam wanita (bra) demi memberi kebebasan dan keselesaan maksima kepada tubuh setelah seharian menempuh rutin harian yang memenatkan.
Artikel Berkaitan: Manfaat Sauna Untuk Kesihatan Fizikal & Mental
Artikel Berkaitan: ‘Anggur Shine Muscat’ Cegah Sembelit, Bantu Kekalkan Keanjalan Kulit Wajah
Pembentukan cyst yang kecil

Penggunaan bra dengan saiz yang tidak tepat atau salah dalam tempoh yang lama boleh menyumbang kepada pembentukan ketulan kecil seperti cyst.
Ketidakselesaan akibat bra yang tidak sesuai juga boleh mengganggu kualiti tidur, dan menjejaskan sistem imun, kestabilan emosi serta kesejahteraan fizikal secara keseluruhan.
Tekanan berulang pada kulit boleh menyebabkan perubahan warna atau hiperpigmentasi, manakala kelembapan yang terperangkap akibat pakaian dalam yang ketat akan meningkatkan risiko jangkitan kulat pada payudara, terutama dalam iklim panas dan lembap.
Antara kesan utama ialah gangguan peredaran darah, apabila tekanan berterusan pada bahagian dada, ia menyempitkan otot dan menghalang aliran darah yang lancar ke bahagian tangan dan lengan.
Selain itu, bra sukan yang terlalu ketat boleh memberi kesan buruk kepada tisu payudara jika dipakai sepanjang masa, manakala geseran tali dan cangkuk yang ketat pula boleh menyebabkan iritasi, kegatalan, serta rasa tidak selesa ketika tidur.
Dari sudut kesihatan dalaman, pemakaian bra yang berterusan boleh meningkatkan suhu tisu payudara dan tahap hormon prolaktin, yang berpotensi memberi kesan pada perubahan sel jangka panjang.
Tekanan pada sistem limfa juga boleh menyebabkan edema atau pengumpulan cecair, satu keadaan yang serius jika berlaku berulang kali.
Sumber: The Asian Parent







![[VIDEO] Netizen Puji MUA Bellaz Hadiahkan Smiggle Untuk Rakan Sekelas Anak – ‘Dia Tahu Bukan Semua Ibu Bapa Mampu’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/bellaz2.jpg)
