berita

‘Baik Simpan Duit Dalam Bank Daripada Bayar Peguam’ – Fizo Omar Selesai Cara Baik Isu Hak Penjagaan Anak Dengan Bekas Isteri

April 3rd, 2024 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pelakon dan pengacara  Fizo Omar tampil mengulas mengenai kemelut dengan bekas isterinya, Mawar Karim berhubung hak penjagaan anak tunggal mereka iaitu Wan Maryam.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Ingat Sudah Mati, Syukur Allah Beri Peluang Kedua’ – Fizo Omar Kongsi Detik Cemas Pengsan Diserang Vertigo

Artikel Berkaitan: ‘Kenyataan Kami Dimanipulasi’ – Fizo Omar Jawab Dakwaan Berpisah Kerana Campur Tangan Keluarga

Baik simpan dalam bank

Menurut Fizo dia dan Mawar telah menyelesaikan isu tersebut dengan cara yang baik. Bahkan, mereka mengikut keputusan yang telah ditetapkan oleh pihak mahkamah. Tambah Fizo, sebarang perubahan mereka akan bincang bersama.

Alhamdulillah, sebab daripada awal lagi kita pergi berbincang biar mahkamah yang putuskan. Kami tidak ada pergaduhan. Kalau ikut bermasam muka, nak bergaduh itu ada sahaja. Tapi sebab dua-dua sudah faham, mahkamah sudah putuskan giliran saya hari apa semua sudah ada.

Sekarang Maryam sudah tujuh tahun dan boleh faham. Dia pun sudah ingat jadual sekolah dan sebagainya. Pandangan saya, kalau dulu pun ikut emosi hendak bergaduh, saman menyaman dan turun naik mahkamah.

Tapi bila kita lalui benda ini, sekejap sahaja. Bersabar dan bersabar akhirnya benda ini sudah boleh toleransi. Kuncinya bersabar. Kalau ikut darah muda, nak saman sahaja.

Ini ambil masa tujuh hingga lapan tahun nak selesai berebut anak. Tahu-tahu anak dah besar. Daripada bayar duit RM20,000 pada peguam baik simpan dalam bank.

Berbicara lebih lanjut, Fizo berkata, apabila Maryam berumur sembilan tahun, dia akan buat keputusan untuk tinggal dengan salah seorang daripada mereka.

Saya sebenarnya tidak pernah tuntut hak penjagaan Maryam sebab pada saya anak perempuan perlukan mak lagi. Maryam sangat rapat dengan saya, tapi lain kalau bapa jaga berbanding emak.

Untuk kebaikan anak, tak apalah saya mengalah jumpa sebulan dua kali sahaja. Tapi daripada situ saya belajar sesuatu. Saya belajar nilai untuk menghargai masa dengan anak.

Waktu Maryam ada dengan saya, takkan saya ambil tawaran ‘shooting’ atau sebagainya. Betul-betul fokus pada dia. Hargai dia betul-betul.

Sumber: BH Online

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×