berita

#BaikSemula Suntik Semangat Baharu Rakyat Malaysia. Ayuh Bangkit!

January 27th, 2021 | by AnisAffandi
Kini Trending

Pandemik COVID-19 sememangnya dirasai oleh semua warga dunia. Rakyat Malaysia tidak terkecuali, tambahan pula beberapa bahagian negara kita ditimpa bencana banjir besar yang mengakibatkan kemusnahan harta benda yang besar dan turut meninggalkan kesan tragik kepada beberapa keluarga mangsa banjir yang kehilangan anggota keluarga.

AJL35 bersama beberapa barisan penaja mengambil inisiatif melancarkan lagu #BaikSemula sebagai tanda sokongan kepada rakyat Malaysia agar terus bangkit!

Artikel berkaitan: Tanpa Kehadiran Penonton, AJL35 Bakal Dirai Dalam Norma Baharu Pada 7 Februari Ini

Ayuh #BaikSemula

https://www.facebook.com/131360500212473/videos/239567834410428/

#BaikSemula, sebuah hasil karya Faizal Tahir, Mage, Mike Chan, Karim Karam dan Tuju K-Clique yang didendangkan oleh Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Siti Nordiana dan Tuju K-Clique mengisahkan pelbagai cabaran yang telah rakyat Malaysia harungi. Namun, perjuangan menentang Pandemik Covid-19 masih belum tamat. Dengan norma baharu, kita harus terus berjuang dan tidak lupakan tanggungjawab kita bersama demi #BaikSemula. 

Menerusi #AJL35, mereka ingin berkongsi semangat dan inspirasi bersama seluruh rakyat Malaysia untuk terus bersama-sama dalam situasi sekarang. #BaikSemula, sebuah lagu istimewa yang dibawakan oleh #AJL35 bertujuan untuk menyuntik semangat baharu rakyat Malaysia dengan kerjasama Ronald McDonald House Charities Malaysia #untukRMHCMalaysia. Teruskan perjuangan bersama, kita pasti akan #BaikSemula.

Dengarkan #BaikSemula

#BaikSemula ini turut menyeru penyokong setia AJL35 untuk mengikut trend #BaikSemula di media sosial sebagai tanda kebangkitan semula semangat rakyat Malaysia. Kongsikan #BaikSemula versi anda bersama mereka!

  1. Rakam video anda menyanyi atau membuat cover lagu #BaikSemula
  2. Muat naik video anda di Media Sosial Facebook, Instagram, twitter, YouTube atau di Aplikasi TikTok
  3. Sertakan #BaikSemulaCover #BaikSemula #AJL35 di dalam video anda
  4. Video terpilih akan dipaparkan di Malam Anugerah Juara Lagu 35 dalam persembahan istimewa Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Tuju K-Clique dan Siti Nordiana!

SKIP THIS AD ×