Benarlah orang kata, jika menjadi seseorang yang dikenali ramai tidak kiralah artis, menteri, instafamous dan sebagainya pasti akan ada ‘mata-mata’ yang memerhati. Bukan setakat gerak-geri sahaja yang diperhatikan malah dari segi pakaian juga turut dikritik.
Terbaru, baju yang dipakai oleh Menteri Kanan (Keselamatan) iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah menimbulkan pelbagai respon dalam kalangan netizen.
‘Ni tengok sendiri’
Ni tengok ni. Tak tau nak habaq apa. Korang habaq la sendri. Memang tak ada baju lain da ke. Tak kan tak study. Ada gak cakap benda ni edit. Ni tengok sendiri.
Menerusi perkongsian seorang pengguna Facebook ada memuatnaik beberapa gambar Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika sidang media harian Covid-19 yang berlangsung semalam (9 Disember 2020). Tetapi apa yang lebih menarik perhatian ramai adalah corak atau lambang berbentuk mata yang terdapat pada baju yang dipakai oleh Menteri Kanan (Keselamatan) itu.
Berikutan daripada itu, ramai dalam kalangan netizen telah membuat teori kononnya itu adalah konspirasi iluminati. Walaupun begitu, ada segelintir netizen mendakwa memang terdapat jenama pakaian Kenzo yang dijual dengan menggunakan lambang mata seperti itu. Malah mereka juga sempat memberi pelbagai komen dengan nada bergurau.
‘Sengaja atau tidak disengajakan’
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengutarakan pendapat mereka mengenai isu ini. Selain ada yang ‘memerli’ tindakan Datuk Seri Ismail Sabri yang mengenakan pakaian bercorak sedemikian.
Sumber: Facebook