berita

Kerajaan Benar Kemasukan Warga Asing & Pakar Teknikal Ke Malaysia Dengan Syarat

June 19th, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Dalam perkembangan terbaru, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini melaporkan kerajaan bersetuju memberi kelonggaran untuk kemasukan rakyat asing ke negara kita. Golongan yang dibenarkan masuk adalah ekspatriat yang mempunyai professional visit pass sahaja.

Kelonggaran kemasukan expatriate

https://www.youtube.com/watch?v=qcfaRqnjHc0

Mesyuarat khas menteri-menteri memberi beberapa kelonggaran untuk kemasukan rakyat asing ke Malaysia membabitkan pengurusan tertinggi sesebuah syarikat tanpa perlu memohon kebenaran daripada imigresen, namun perlu menjalani swab test sebelum berlepas ke Malaysia.

Mereka dibenarkan masuk ke Malaysia tanpa perlu mendapat keizinan Jabatan Imigresen. Walau bagaimanapun, mereka harus menjalani ujian swab test di negara asal mereka atau di pintu masuk negara. Jika didapati negatif dan datang daripada negara zon hijau, mereka tidak perlu dikuarantin selama 14 hari. Namun, jika mereka datang daripada negara zon merah, mereka perlu menjalani kuarantin wajib tersebut.

Pakar teknikal asing dibenarkan

https://www.youtube.com/watch?v=k9VG3YuFSdk

Selain daripada ekspatriat pengurusan tertinggi, pakar-pakar teknikal asing yang diperlukan khidmatnya juga dibenarkan masuk. Mereka juga perlu menjalani prosedur operasi standart (SOP) seperti saringan ujian Covid-19 di negara asal dan pintu masuk negara. Aplikasi MySejahtera juga perlu dimuat turun untuk mengenal pasti pergerakan mereka.

Rundingan masuk ke Singapura & Brunei

Kerajaan pada dasarnya bersetuju membenarkan rakyat Singapura dan Brunei yang tinggal di negara mereka untuk masuk ke negara kita tanpa perlu memohon kebenaran daripada imigresen. Walaubagaimanapun, Singapura dan Brunei juga perlu memberikan kelonggaran yang sama dan kebenaran kepada rakyat Malaysia untuk ke negara berkenaan tanpa sekatan.

Katanya, perkara ini sedang dibincangkan oleh kementerian kedua-dua negara dan keputusan tertakluk kepada hasil rundingan.

Sumber : Buletin TV3

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×