berita

Baju Nampak Dada Punca Ziela Jalil Kaburkan Gambar Sebelum Upload

September 18th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

ziela1

Semalam, kecoh pulak laman Instagram bila penerbit terkenal, Ziela Jalil bertindak memuat naik foto dia memakai baju kurung yang telah di‘blur’ kan bahagian dadanya.

Dek kerana itu, ramailah peminat-peminat Ziela yang bertanya mengapa dia bertindak sedemikian. Malah ada juga yang menyarankan daripada cover-cover baik tak payah upload.

Artikel Berkaitan : Opsss! Ziela Jalil Tengah ‘Cover’ Apa Tu?

Haa, kami faham, mungkin bila bahagian itu di’blur’kan, ia seperti mengundang perasaan ingin tahu, apa yang ada pada foto tersebut kan?

Screen Shot 2014-09-18 at 1.25.04 PM

Hari ini, menerusi laporan Harian Metro, Ziela berkata dia pelik dengan provokasi ditimbulkan pihak tertentu yang disifatkan untuk menimbulkan kontroversi.

Baju jarang? Bukan jarang sebenarnya. Baju itu nampak dada jadi saya ambil tindakan untuk kaburkan bahagian dada sebelum muat naik gambar itu di Instagram.

Tapi nampaknya sesetengah orang kita ini memang suka tengok gambar yang tak dikaburkan itu. Selepas itu nak kritik dan hentam pula.

Hmm, pada kami adatlah menjadi selebriti, walau sekecil zarah pun kesilapan selebriti, pasti mereka akan nampak. Orang terkenal kan, mesti dapat perhatian.

Namun, ada betulnya teguran peminat Ziela itu. Lebih baik tak payah upload jika dah tahu apa yang bakal masyarakat perkatakan. Tak gitu?

Kredit Foto : Instagram Ziela Jalil

SKIP THIS AD ×