berita

Dihimpit Kontroversi Berkahwin Secara Rahsia, Ziela Jalil Respon Isu Perkahwinan Tular

January 8th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Sebelum ini, penerbit terkenal iaitu Datuk Ziela Jalil telah tampil buka mulut mengenai perkahwinannya yang telah dirahsiakan hampir dua tahun itu. Status perkahwinannya itu diketahui umum apabila seorang gadis yang dipercayai anak tiri Ziela Jalil memaklumkan perkara sebenar di laman Twitter.

Artikel berkaitan: Ziela Jalil Akhirnya Buka Mulut, Mengaku Dah 2 Tahun Kahwin Dengan ‘Datuk’

Ziela Jalil menerusi posting di laman Instagram menjelaskan kepada umum perkara sebenar yang terjadi serta salah faham yang berlaku disebabkan kenyataan yang dikeluarkan anak tirinya.

You all tidak tahu cerita

Susulan daripada kontroversi tersebut, anak kandung kepada Ziela Jalil telah bermesej dengan Najwa iaitu anak tirinya. Lebih menjadi persoalan lagi apabila perenggan terakhir perbualan mesej tersebut diakhiri dengan serangkap pantun.

Saya tidak marah langsung kepada Najwa berkaitan statement yang keluar. Cuma saya rasa, she doesn’t need our advice atau pandangan. Najwa tahu saya marah adalah selepas statement itu dikeluarkan. Anak saya ada bermesej dengan Najwa tapi di akhir perenggan itu saya kurang arif.

Pantunnya berbunyi begini, ‘Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga’. Jadi saya perlu explain kenapa saya marah my step daughter, no.. you all tidak tahu cerita, You all terus jump to conclusion.

Ini jawapan saya untuk semua

 

View this post on Instagram

 

A post shared by zielajalil (@zielajalil)

Sementara itu, Ziela Jalil turut menasihati orang ramai agar tidak mengaitkan semua masalah yang dihadapinya dengan melibatkan anak-anaknya.

Jadi, cukup-cukuplah tu. It’s none to everybody punya business. Kami semua okay-okay saja. Dan satu ingat ingat, hidup ini seperti roda. You all belum tahu lagi apa yang akan terjadi dalam hidup korang. Begitu juga, jangan mengaitkan anak-anak saya dengan masalah saya.

Sumber: Ziela Jalil

SKIP THIS AD ×