Cepat masa berlalu.. Tanggal 9 Ogos 2022 genap setahun pemergian penyanyi terkenal, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin.
Artikel Berkaitan: Sedar Netizen Tak Puas Hati Borak Bab Kahwin, Shuib Dengar Kata Keluarga – ‘Jika Saya Menangis Di Rumah Bukannya Mereka Datang’
Nak ubah suai rumah
Pelawak Shuib menyatakan dia pernah berhasrat untuk mengubah suai kediaman yang didiami bersama arwah sejak empat tahun lalu bagi mewujudkan suasana baru.
Namun, dia membatalkan perancangan itu dengan pereka dalaman pada bulan lalu selepas didatangi mimpi isterinya yang seakan tidak bersetuju dengan keputusannya.
Selepas enam bulan arwah meninggal dunia pernah terfikir hendak ubah suai rumah untuk memberi suasana baru dan sudah berbincang dengan pereka dalaman.
Bagaimanapun bulan lalu saya batalkan hasrat tersebut selepas saya mendapat mimpi sedih.
Dalam mimpi itu saya masuk ke rumah baharu, namun ketika tercari-cari arwah tapi dia tiada. Ketika itulah saya sedar arwah sudah meninggal dunia.
Gara-gara mimpi itu, Shuib, 37, akui emosinya terganggu seharian dan membuatkan dia yakin untuk terus menyimpan kenangan yang tidak lagi boleh diulangi.
Shuib ditemui ketika majlis bacaan tahlil sempena setahun pemergian Sarah yang diadakan di Puchong, Selangor.
Baju terakhir
Dalam pada itu, pemilik nama Shahmira Muhammad memberitahu dia masih menyimpan barangan peribadi milik arwah untuk dijadikan kenangan, termasuk baju terakhir yang dipakai sebelum dibawa ke hospital pada 4 Ogos tahun lalu.
Barang-barang arwah masih saya simpan. Kalau terkenang bolehlah lihat dan pegang.
Baju terakhir yang dipakai arwah sebelum ke hospital saya masih simpan. Itu jadi pengubat kerinduan terhadap arwah.
Untuk rekod, Shuib dan Sarah mendirikan rumah tangga pada tahun 2011.
Sarah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) selepas tiga hari melahirkan anak bongsu, Ayash Affan.
Selain Ayash, Shuib dan Sarah juga dikurniakan tiga orang cahaya mata lain iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.