Pelawak dan usahawan Shuib mendedahkan dia kerap diasak dengan soal jodoh oleh ibunya, Salamiah Jalani selepas lima bulan pemergian isteri tercinta, Allahyarham Siti Sarah.
Artikel Berkaitan: Suka Wanita Manja & Pandai Menyanyi, Shuib Serah Soal Jodoh Kepada Allah – ‘Buat Masa Ni Hati Masih Kosong’
Ibu suruh cari pengganti
Ketika ditemui OhBulan!, Shuib, 38, menyatakan ibunya risau melihat keadaan dirinya dan dalam masa sama perlu menguruskan empat orang anak yang masih kecil.
Ibu pun ada bercakap supaya saya mula kenal dengan orang lain. Tapi saya fikir bagaimana orang nak terima saya dengan anak empat.
Jika mahu mencari jodoh perlu persetujuan daripada ibu dan anak-anak. Kalau saya yang suka tetapi anak-anak tidak okey memang tidak akan jadi.
Saya takut wujud perbandingan yang sepatutnya tidak berlaku kerana arwah duduk dalam kelas yang tersendiri dan teratas. Buat masa ini saya serahkan kepada Allah sahaja.
Shuib berkata demikian pada majlis pelancaran tudung Loveta X Anzalna di The Ruma Hotel and Residences, semalam.
Hanya berkawan
Akui pemilik nama Shahmira Muhamad, dia sedang mengenali seseorang tetapi lebih memilih untuk menyerahkan soal jodoh kepada Allah.
Ya ada kenal orang baharu, tapi hanya berkawan dahulu buat masa sekarang. Saya tak berani nak cakap. Kali ini, perhubungan berbeza kerana saya bukan orang bujang yang tidak perlu fikir banyak perkara.
Harap semuanya baik-baik sahaja. Saya serahkan kepada Allah. Nak bercerita soal apa yang berlaku ke depan saya sendiri tidak tahu.
Bukan netizen yang ada dengan saya
Dalam pada itu, pelakon drama Jep & Judin enggan meletakkan jangka masa bila dia akan ‘move on’. Katanya lagi, dia sedar netizen mempertikaikan tindakannya bercerita mengenai jodoh namun hakikatnya mereka tidak tahu perasaan sebenar yang dia rasa.
Contoh saya katakan sudah lima bulan ini mahu cari jodoh, nanti orang kata dulu beria-ria sedih sangat sekarang seperti cepat sangat hendak mencari jodoh. Jadi, saya hanya mahu fokus pada kehidupan saya sahaja.
Ada pihak lain pula kata betullah, kalau seorang diri hendak buat apa. Jika depresi siapa yang hendak tanggung? Jadi saya tidak perlu dengar kerana terlalu banyak sangat pendapat orang.
Saya hanya perlu dengar kata ibu, ibu bapa mertua dan keluarga saya. Sebabnya yang ada dengan saya bukan netizen, tetapi keluarga saya. Jika saya menangis dan tertonggeng di rumah tidak ada netizen datang bertanya khabar, saya okey atau tidak.
Terdahulu, penyanyi Siti Sarah Raisuddin meninggal dunia pada 9 Ogos tahun lalu selepas melahirkan anak keempatnya, Ayash Affan dalam keadaan dijangkiti virus Covid-19.
Hasil perkahwinan bersama pada tahun 2011, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini berusia lima bulan.
Sumber: Instagram @shuibsepahtu