berita

Baju Tradisional Iban Dipersenda, Faye Kusairi Akui Terguris Sikap Ryzal

May 27th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Rata-rata netizen meluahkan perasaan ‘marah’ sebaik sahaja melihat video Ryzal DurianKimchi yang memperlekehkan pakaian tradisional kaum Iban, semalam. Menurut netizen, Ryzal tidak menghormati adat dan budaya kaum lain.

Artikel berkaitan: Didakwa Persenda Pakaian Tradisional Iban, Ryzal DurianKimchi Mohon Maaf

Meskipun Ryzal sudah tampil memohon maaaf, ada beberapa golongan selebriti kelahiran Sarawak meluahkan rasa ‘terguris’ mereka berhubung isu tersebut.

Saya bangga jadi Sarawakian

I am a proud Sarawakian and of course, saya terguris juga. Tahu tak “kain buruk” yang awak cakap tu originally handmade and it takes a specific someone to dream about the design first. Lepas tu dia akan ke hutan mencari bahan untuk warnakan corak benang itu untuk ditenun and only yang dapat mimpi tu je mampu tenun based on her memori.

Menurut Faye Kusairi, hatinya sangat terguris sebaik sahaja mendengar personaliti media sosial tersebut menyebut ‘kain buruk’. Ujar Faye, kain yang dianggap seperti kain buruk itu merupakan kain original yang ditenun sendiri oleh seseorang yang mendapat mimpi.

Begitu majistik “kain buruk” yg awak cakap tu. Ini baru cerita pasal kain, belum lagi lain-lain. Jarang sekali saya dengar kaum Dayak Sarawak mempermainkan atau mempersenda apatah lagi menghina adat dan budaya kaum lain.

Tambah Faye lagi, dia jarang mendengar kaum Dayak Sarawak yang dikatakan ‘kuno’ ini mempersenda atau mempermainkan adat dan budaya kaum lain. Jelasnya lagi, kaum Dayak tersebut lagi pandai hormat orang lain yang jauh lagi “urban” daripada mereka. Faye juga berharap semua individu terutama yang sudah popular perlu berhati-hati sebelum bergurau.

Harap dapat jadikan sebagai pengajaran

Bukan nak besarkan isu, tapi harap dapat menjadi pengajaran di masa akan datang, kita adalah masyarakat yang tinggi budi pekerti dan hidup dengan pelbagai kaum serta pelbagai adat dan budaya. Saya sebagai anak jati Sarawak amat kesal dengan apa yang berlaku.

Selain Faye, seorang lagi selebriti kelahiran Sarawak iaitu Bob Yusof memberi pandangannya berhubung isu yang sedang hangat ini. Menurut Bob, dia sangat kesal dengan apa yang berlaku dan berharap personaliti media sosial tersebut dapat menjadikan isu ini sebagai pengajaran. Tambah Bob, semua masyarakat di Malaysia perlu ada perasaan hormat-menghormati antara satu sama lain termasuk hormat akan budaya dan adat.

Sumber: Faye Kusairi & Bob Yusof

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×