berita

‘Baju Untuk Majlis Dah Beli, Cantik Sangat Mak Pakai’ – Ubai MZ

July 31st, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Ibu Ubai MZ

Pempengaruh media sosial, Ubai MZ akui reda dengan takdir Allah apabila kehilangan dua ahli keluarga iaitu ibu tercinta Allahyarham Rohani Jamal, 52, dan adiknya Allahyarham Muhammad Azrullah, 22, dalam tempoh tiga bulan.

Artikel Berkaitan: ‘Lagi Seminggu Je Mak’ – Shila Amzah Sedih Ibu Ubai MZ Tiada Di Hari Pernikahan

Artikel Berkaitan: Shila Amzah Beri Bayangan Bakal Nikah Ogos Ini

Ujian yang berat

Ibu Ubai MZ

Menerusi hantaran di Instagram, Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 25, menyifakan kehilangan dua insan tersayang itu sebagai ujian dalam hidup serta percaya ada hikmah di sebaliknya.

Dua kehilangan dalam tempoh masa tiga bulan. Adik pergi sebelum saya bertunang, mak pula pergi lagi beberapa hari sebelum saya bernikah.

Besar ujian dan dugaan ini. Persiapan nikah dan sanding semua dah siap. Tetapi Allah maha mengetahui, semua yang jadi pasti ada hikmah.

Dalam pada itu, Ubai berkata dia tetap akan meneruskan pernikahannya bersama penyanyi Shila Amzah, pada Sabtu ini seperti mana yang dihajatkan oleh arwah ibunya.

Tambah Ubai lagi, dia sudah pun menyediakan pakaian berwarna putih untuk digayakan ibunya pada hari bahagianya.

Saya ingat pesan mak, apa-apa yang jadi majlis mesti diteruskan dan jangan tangguh. Saudara mara, kawan-kawan mak, kawan-kawan saya, nurse dan doktor hospital semua tahu mak. Mak pesan kat semua orang pasal majlis kami.

Untuk nikah dan sanding ni, mak nak semua orang pakai baju putih. Mak memang nak juga baju putih. Baju mak pun saya dengan Sha (Shila) dah beli, Alhamdulillah mak pakai cantik sangat haritu.

Sementara itu, Ubai berkata dia berjanji kepada arwah ibunya untuk menjaga ahli keluarganya yang lain.

Saya janji dengan mak, saya akan jaga Sha, adik-beradik dan family yang lain. Mak berehatlah.

Terima kasih pada yang pernah buat mak tersenyum, tertawa during her fight. Terima kasih nurse, doctor dan staff PPUM yang jaga mak dari awal hingga ke akhir.

Terima kasih mak untuk segalanya. Jangan risau mak, anak mak kuat! Al-fatihah.

Semalam, Ubai memaklumkan ibunya telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 6.45 petang di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) akibat kanser ovari yang dihidapinya sejak Disember tahun lalu.

Untuk rekod, Ubai dan Shila telah mengikat tali pertunangan pada pada 27 Mei yang lalu dalam sebuah majlis tertutup. Difahamkan juga, mereka bakal disatukan sebagai suami isteri dalam sebuah majlis akad nikah pada Sabtu ini.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×