berita

Shila Amzah Beri Bayangan Bakal Nikah Ogos Ini

July 17th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Penyanyi Shila Amzah mendedahkan dia bakal mendirikan rumah tangga bersama tunangnya, Ubaidillah Mohd Zulkefli pada Ogos ini.

Artikel Berkaitan: ‘Berhenti Tanya Bila Shila Kahwin, Saya Tak Tahu’ – Syada Amzah

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shila Amzah ‘Koyak’, Netizen Suruh Putus Tunang Dengan Ubai

Tunggu rawatan ibu Ubai selesai

Menurut Shila atau nama sebenarnya Nurshila Amir Amzah berkata mereka mengambil keputusan untuk tetap merahsiakan tarikh hari bahagia.

Pasangan selebriti itu mengambil pendekatan berikutan ibu Ubai iaitu Rohani Jamal yang masih lagi mendapatkan rawatan di hospital akibat mengalami pendarahan pada bahagian rahim kerana menghidap kanser ovari.

Dalam pada itu, kakak kepada Syada Amzah turut berkongsi persiapan perkahwinan mereka yang sudah hampir 70 peratus.

Apa yang saya boleh katakan, sebanyak 70 peratus persiapan sudah dibuat.

Tarikh perkahwinan memang sudah dekat tetapi buat masa ini saya tidak mahu maklumkan lagi kerana ibu Ubai masih lagi dirawat di hospital.

Saya hanya akan memaklumkan tarikh perkahwinan kami selepas ibu keluar daripada hospital.

Shila berkata demikian ketika ditemui OhBulan! di sidang media RockMantik Night Judika and The Gang di Pavillion Kuala Lumpur pada petang Isnin.

Pelantun lagu Masih Ku Cinta itu turut berkongsi bahawa bakal ibu mentuanya yang berusia 52 tahun tersebut berhasrat untuk berada di majlis perkahwinan mereka.

Saya tidak mahu terlalu teruja tentang bercerita soal perkahwinan demi menjaga perasaan bakal ibu mentua yang sedang sakit.

Ibu (ibu Ubai) mahu berada di majlis pernikahan kami dan disebabkan itu saya belum boleh maklumkan lagi tarikh perkahwinan kami.

Saya hanya mahu menunggu ibu keluar daripada hospital dan barulah saya akan maklumkan kepada semua.

Untuk info, Shila dan Ubai mengikat tali pertunangan pada 27 Mei yang lalu dalam sebuah majlis tertutup.

Terdahulu, Shila pernah mendirikan rumah tangga bersama Haris Idraki Elias pada April 2018 namun berpisah pada Februari 2022.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Seth Uwais berusia tiga tahun.

SKIP THIS AD ×