berita

Bakal Gegarkan Kembali Pentas Malaysia, Konsert Solo Cakra Khan Diiringi Orkestra

November 3rd, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Penyanyi terkenal Indonesia, Cakra Khan bakal menjayakan Konsert A Decade Cakra Khan Live In Kuala Lumpur 2.0 di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Kuala Lumpur (KLCC) pada 17 Februari tahun depan.

Lebih menarik apabila konsert solo tersebut akan diiringi orkestra di bawah pimpinan pengarah muzik tersohor, Datuk Ramli MS.

Cakra Khan bawa orkestra

Bukan hanya diiringi orkestra, Cakra atau nama sebenarnya, Cakra Konta Paryaman, 31, juga bakal menghadiahkan peminat di Malaysia dengan mendendangkan buat pertama kalinya lagu album terbaharunya yang akan dikeluarkan pada Fabruari hadapan.

Dulu sebelum saya ada konsert sendiri, saya selalu mengimpikan menganjurkan konsert dengan orkestra sebab ia akan lebih hidup. Malah, muzik dan lagu akan kedengaran lebih indah.

Ketika ditemui OhBulan!, Cakra berkata, dia juga akan membawakan lagu dan menjemput penyanyi dari Malaysia untuk membuat persembahan di Konsert A Decade Cakra Khan Live In Kuala Lumpur 2.0.

Untuk konsert ini, saya akan berikan kesungguhan paling maksima daripada konsert pernah dijayakan sebelum ini..

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Seven Skies Motion Sdn Bhd, Azlin Hilda Abdul Latif selaku penganjur berkata, pihaknya teruja untuk membawa Cakra ke pentas konsert di Malaysia selepas melihat kejayaan konsernya sebelum ini.

Selepas penganjuran konsert pertama pada Januari lalu, saya lihat ada keserasian dan komitmen yang baik antara kami, jadi sekali lagi saya mengajak Cakra untuk meneruskan konsert kedua pada Februari tahun depan.

Untuk orkestra ini adalah idea bersama dan selalu berbincang untuk mengadakannya. Cuma untuk konsert kedua ini, kami akan tambah baik lagi. Kalau konsert pertama sudah ada satu penanda aras baik, jadi kami merancang untuk berikan lebih lagi.

Sekadar info, tiket Konsert A Decade Cakra Khan Live In Kuala Lumpur 2.0 sudah mula dijual di ticket2u. Harga tiket bermul dari RM230 sehingga RM1,343.

Konsert A Decade Cakra Khan Live In Kuala Lumpur 2.0 akan berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Kuala Lumpur (KLCC) pada 17 Februari tahun hadapan.

SKIP THIS AD ×