
Ahli Parlimen, Syed Saddiq sekali lagi menyorot perhatian ramai, kali ini mengenai soalan berkenaan perkahwinan yang diajukannya kepada pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Definisi Cantik Adalah Bella Astillah’ – Syed Saddiq
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kali Ini Saya Akan Lebih Berhati-Hati, Setia Pada Orang Yang Tepat’ – Bella Astillah
Penjelasan Ustaz Azhar
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Saddiq bertanya kepada pendakwah tersebut mengenai perkahwinan untuk individu yang mempunyai keturunan Syed dan Syarifah.
Adakah perkahwinan itu lebih afdal jika mereka sama keturunan Syed dan Syarifah? Tapi yang saya faham, selagi orang itu orang Islam yang baik, maka tidak salah dari sudut hukum Islam.
Ustaz Azhar kemudian menerangkan tentang konsep sekufu dalam perkahwinan.
Dalam perkahwinan ada satu bab yang jarang dipelajari dan diketahui iaitu bab kufu.
Sekufu ini bermakna seorang bapa tidak boleh sebarangan memaksa anak perempuannya berkahwin dengan seseorang yang tidak sepadan dengannya.
Jika tidak sepadan, tetapi pengantin perempuan setuju, maka sah. Jika tidak sepadan dan pengantin perempuan tidak setuju, maka perkahwinan itu tidak sah.
Menjawab soalan Saddiq, Ustaz Azhar memperincikan penjelasannya berkenaan perkahwinan dalam kalangan orang biasa dengan individu yang berketurunan Syed atau Syarifah.
Dalam kes Syed dan Syarifah, perkahwinan antara lelaki Syed dan wanita bukan Syarifah hukumnya harus dan tidak ada perbalahan isu dalam kalangan ulama.
Yang menjadi perselisihan ialah apabila wanita Syarifah berkahwin dengan lelaki bukan Syed.
Jika wanita itu suka, hukumnya sah dan dia dikahwinkan dengan wali mujbir (bapa atau datuk).
Kalau wanita itu suka, maka ia duduk di dalam perselisihan ulama. Dia seorang Syarifah kahwin dengan yang bukan Syed, sebahagian (ulama) kata sah.
Tapi kalau dia tidak suka, bapa dia tidak boleh kahwinkan anaknya dengan yang bukan Syed, kerana yang bukan Syed tidak sekufu dengannya. Kalau sudah tidak sekufu, maka hendaklah dijaga kebajikan perempuan tersebut.
Apabila ada perselisihan dalam kalangan ulama, hukumnya jadi luas. Maka perkara yang luas tidak perlu disempitkan.
Usik Saddiq

Pada akhir video, pendakwah yang disegani itu secara berseloroh bertanya kepada Ahli Parlimen Muar tersebut, sama ada calon isterinya daripada keturunan Syarifah atau tidak.
Bakal (isteri) ada Syarifah tak?
Wajah Saddiq kelihatan merah padam selepas mendengar soalan tersebut dan ia juga telah mengundang gelak tawa daripada orang di sekeliling mereka.
PM tepi Ustaz, sebab tu saya tanya soalan ini.
Sumber: TikTok






![[VIDEO] Tutup Salun Demi 40 Warga Emas, Diva M Anggap Amal Saham Akhirat](https://asset.ohbulan.com/2026/08/DIVA-M-2.jpg)
