Fasha Sandha baru-baru ini berkongsi sebuah video di Instagram (IG) tentang aktiviti anak keduanya yang menyertai persembahan di sekolah.
Artikel Berkaitan: Aeril Zafrel Jadi Psychopath Kacau Fasha Sanda Dalam Drama Terbaru Serpihan Sayang? Ish Kena Tengok Ni!
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kakak Ada Hadiah Nak Bagi’ – Fasha Sandha
Bakat lakonan terserlah
Menerusi perkongsian video tersebut anak perempuan Fasha, Jemyma atau nama penuhnya Putri Raysha Jemyma dilihat sangat bersahaja di atas pentas ketika melakonkan wataknya di dalam persembahan Bahasa Inggeris itu.
Walaupun bakat lakonan pelakon jelita ini dilihat telah diwarasi oleh anak perempuannya yang berusia lapan tahun itu, namun sayang sekali kerana bekas suaminya, Rizal Ashram Ramli atau Jejai yang turut hadir menonton teater tersebut tidak membenarkan anak-anaknya memasuki bidang seni.
Anak perempuan saya ini sudah mula tunjuk minat nak jadi pelakon tapi sayangnya ayah tak izinkan untuk jadi pelakon televisyen & filem.
Jemyma & Rayfal hanya boleh berlakon untuk pementasan sekolah sahaja.
Sungguh pun begitu, pelakon drama Rampas Cintaku ini turut memberikan semangat dan sokongan penuh kepada usaha anak kesayangannya itu.
‘Aura mom dia lah’
Menjengah ke ruangan komen, video tersebut ternyata telah menarik perhatian warganet dan rata-rata mereka memuji bakat Jemyma yang saling tak tumpah seperti ibunya.
Di dalam video tersebut juga kelihatan suaminya yang juga pelakon Aidil Aziz, turut bersama-sama menghadiri ke pementasan itu untuk menyokong dan memberi semangat kepada anak tirinya.
Sumber: Instagram