berita

Aeril Zafrel Jadi Psychopath Kacau Fasha Sanda Dalam Drama Terbaru Serpihan Sayang? Ish Kena Tengok Ni!

February 22nd, 2023 | by Azyan
Kini Trending

Setelah sekian lama tak keluar drama bergenre psiko thriller yang best dekat TV, akhirnya dah ada guys!

Drama arahan Amor Rizan ni memang drama yang dinanti-nantikan oleh kaki-kaki drama. Mana taknya, bukan ada satu psychopath dalam cerita ni tapi ada dua orang!

Siapa yang jadi psychopath tu?

Sebelum korang tahu siapa psychopath tu, jom kita tengok dulu siapa yang membintangi drama ni!

Drama Serpihan Sayang ni mengandingkan Fasha Sandha dan Aeril Zafrel sebagai teraju utama!Bakat lakonan diorang memang tidak disangkal lagi memang mantap. Confirm meletop punya lah!

Bukan itu sahaja, Shah Jaszle juga membuat comeback dengan memegang watak sebagai Syakir disamping Elisya Sandha yang memegang watak sebagai Alisa.

Plot twist drama ni membuatkan korang tak senang duduk weh!

Cerita ini mengisahkan tentang Nadia yang disahkan mengidap penyakit Postpartum Psikosis selepas tragedi kehilangan anaknya dalam sebuah kemalangan.

Kesihatan mentalnya jadi semakin teruk dek kerana provokasi yang diterima dari Marina, lakonan Zarina Zainoordin yang memegang watak sebagai bekas isteri suami Nadia.

Di atas pertolongan dan sokongan suaminya dan adiknya, Nadia kemudian beransur pulih. Namun, kehadiran Imran pula merubah segalanya.

Segala trauma dan dendam kembali tercetus dan segala tragedi yang ingin dilupakan kembali menghantui!

Hurm…ini menimbulkan 1001 persoalan.Adakah Imran psychopath yang sebenar? Dan, siapa pula sorang lagi psychopath tu? Nadia ke?… atau Suami dia? 

Apa pula motif Imran terhadap Nadia? Adakah dendam membuatkan dia menjadi seorang psychopath?  Dan persoalan yang bakal membelenggu korang, siapakah Imran tu sebenarnya? Sedikit demi sedikit kebenaran akan terbongkar so korang kena stay sampai episod terakhir!

Korang dah tak sabar nak tahu dekat mana boleh tonton kan?

Mestilah korang boleh tonton di TV3! Jangan risau, korang juga boleh tonton drama ni secara online di aplikasi penstriman paling best di Malaysia iaitu iQIYI!

Pengguna VIP Ekspres boleh strim 1 episod baru setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 11 malam.

Manakala pengguna akaun freemium boleh mula tonton episod baru yang ditayangkan secara PERCUMA 48 jam kemudian. Yup, tak perlu susah payah cari link cetak rompak!

Lebih 4000 filem dan drama dari Asia yang korang boleh pilih!

Sementara korang tunggu episod baru keluar tu boleh la layan dulu drama-drama lain.

Ada K-drama, ada C-Drama, Anime dan macam-macam filem yang boleh korang pilih. Semuanya percuma dan lengkap dengan sarikata Inggeris dan Bahasa Melayu!

Bagi pengguna VIP pula korang boleh nikmati privileges yang berikut:

  • Langkau segala iklan yang ada
  • Nikmati senarai tontonan eksklusif  dan Advanced Watching (VIP Watch First)
  • Dolby Atmos
  • Full HD (Blu-ray 1080P)

Untuk pengguna baru, bulan pertama langganan hanya RM6.90 je! Korang try la dulu satu bulan mesti akan terasa betapa best dan amannya tonton filem tanpa sebarang gangguan.

So guys, tunggu apa lagi? Download iQIYI sekarang dan tonton drama-drama menarik hari ini!

 

 

SKIP THIS AD ×