Tindakan seorang individu yang di masih dalam arahan kuarantin Covid-19 datang membuat laporan telah menyebabkan kaunter aduan di Balai Polis Sentul ditutup atas arahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Pihak polis mendapati individu itu memakai gelang kuarantin dan perkara itu sudah dimaklumkan kepada KKM.
Pakai gelang kuarantin
Menurut laporan BH Online, Ketua Polis Negara iaitu Tan Sri Abdul Hamid Bador menyifatkan tindakan itu dilakukan selepas polis mendapati individu tersebut memakai gelang kuarantin hadir ke balai berkenaan untuk membuat laporan polis. Pihak kementerian meminta kawasan yang dikunjungi mangsa ditutup.
Polis dapati individu terbabit memakai gelang kuarantin dan perkara itu sudah dimaklumkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia. Pihak kementerian meminta kawasan yang dikunjungi mangsa ditutup. Kita tutup kaunter pertanyaan tetapi operasi balai berjalan seperti biasa.
Ada gejala batuk
Tindakan sanitasi dijalankan di sekitar balai itu dan semua petugas tidak dibenarkan keluar dari lokasi sehingga dimaklumkan HKL. Bagaimanapun, balai kembali dibenarkan beroperasi selepas proses sanitasi kedua.
Seorang wanita itu diganggu, jadi beliau ke Balai Polis Trafik Sentul untuk buat laporan. Setibanya wanita itu di sana pihak polis dapati dia memakai gelang kuarantin serta ada gejala batuk.
Petugas kesihatan tiba di balai terbabit untuk membawa wanita berkenaan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk tindakan susulan. Kami diberitahu wanita itu bukan pesakit COVID-19 sebaliknya pesakit biasa yang pernah dirawat di HKL. Balai kembali operasi jam 4 petang ini selepas proses sanitasi kali kedua.
Sumber: Kosmo, BH Online, Info Roadblock JPJ/Polis