Memang sudah menjadi lumrah kehidupan, setiap manusia di muka bumi ini sememangnya mempunyai kehendak yang berbeza-beza seperti keinginan memiliki pelbagai jenis pakaian, jam tangan, makanan dan lain-lain. Untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati ianya perlu diiringi dengan usaha dan perancangan.
Begitulah kisah yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Hafizi Zain yang berkongsi pengalamannya mengikut ‘Silent Billionaire’ menaiki jet peribadinya ke Kelantan semata-mata untuk membeli kuih akok. Lebih menarik perhatian apabila ‘Silent Billionaire’ tersebut selesa untuk berkongsi tips kejayaan beliau.
Naik jet peribadi beli kuih akok
Pernah tengok tak ada orang balik Kelate semata-mata nak beli Kuih Akok naik private jet? Beliau merupakan seorang ‘Silent Billionnaire’. Tak suka dikenali orang dan tak suka bercakap kosong. Saya tak mahu bercerita lebih tentang siapa beliau.
Tapi saya nak ceritakan tentang 11 Nasihat Emas yang saya dapat sepanjang 30minit penerbangan dari Kota Bharu ke Subang Airport pada hari Ahad lepas dengan menaiki pesawat peribadi milik beliau. Saya post kat sini adalah supaya saya boleh ingat pesanan dari beliau.
Nasihat daripada Silent Billionaire
Hafizi Zain bergambar bersama jet peribadi Silent Billionaire
1. When u do business, don’t put all eggs in one basket. Kalau basket tu jatuh, habis semua telur-telur tu akan pecah.. Asingkan 1 bisnes, 1 company. 1 projek, 1 company.. Jangan campur adukkan semua di bawah 1 company sahaja.
2. Jangan menganggap cabaran ekonomi semasa menghalang utk kita buat bisnes. Sbg contoh, musim covid ni.. Memang ada bisnes yang tak boleh nak jalan.. Tapi ada banyak lagi peluang bisnes yang kita boleh lakukan dan boleh sukses. Explore dan terus take action. Kalau kita hanya terperap saja kat rumah mengenang nasib, memang rugi lah!
3. Jangan pernah berhenti dari memberi sedekah..sedekah dan lupakan.. Lagi banyak sedekah, lagi banyak rezeki datang mencurah-curah. Utamakan sedekah kepada adik beradik dan saudara mara dahulu. Walaupun ada saudara mara yang pernah mengguris hati, sedekahkan juga tanpa berkira.
4. Buat bisnes yang tidak melibatkan loan bank. Sebab loan bank ni lah sebenarnya yang menyebabkan cash outflow company makin drop. Dapat untung je, buat bayar loan. Baik tak payah.
5. Banyakkan networking dengan orang-orang penting. Waktu mula-mula-mula networking, mungkin takde rasa apa yang perlu. Tapi one day, pasti akan ada benda yang kita saling perlukan pertolongan antara satu sama lain.
Rancang kehidupan betul-betul
Hafizi Zain bergambar bersama jet peribadi Silent Billionaire
6. Pekakkan telinga dengan apa yang orang berkata negatif tentang kita. Sebab setiap apa yang kita buat, hanya kita saja yang tahu.. Orang lain tahu mengata jer.. so, the best solution, FOKUS dengan apa yang kita nak buat, dan apa yang kita nak capai.
7. Plan betul-betul life kita. Umur sekian sekian, apa target kita. Dari segi kerjaya, kehidupan, rumah, kereta anak dan lain-lain. Jangan kita hanya hidup mengikut arus semata-mata.
8. Kena bijak mengambil peluang. Kadang-kadang peluang tu orang tak nampak hanya kita je nampak. Tapi kita tak berani sebetulnya, bila dah nampak peluang tu, grab cepat-cepat sebelum orang lain grab dulu.
9. Bila berinteraksi dengan orang kenamaan, jangan tunjuk yang kita lemah. Kena tunjuk kita ni kuat dan ada kelebihan. Jangan hanya tunduk, diam dan setuju semata-mata dengan apa yang tengah dibincangkan bersama mereka. Lontarkan idea-idea bernas untuk mereka. Barulah mereka pandang tinggi dan berani bagi projek kat kita.
10. Sekiranya kita nak business secara long term, elakkan dari melibatkan diri secara serius dalam politik. Sebab ianya sangat bahaya. Fokus kepada business bukan fokus kepada politik.
11. Jangan terlalu nak ‘beremosi’ dalam bisnes kalau kita buat satu-satu bisnes, dan bisnes tu asyik rugi dan takde masa depan. Tutup saja bisnes tu tak perlu nak meratap sayu bina bisnes baru yang lebih profitable.
Sumber: Hafizi Zain