

Pelik tapi benar, itu peristiwa yang terjadi di Pengkalan Chepa, apabila seorang banduan telah dituduh menjolok botol budu plastik ke dalam dubur seorang banduan lain. Kejadian tersebut berlaku di sebuah penjara di Pengakalan Chepa, pada 30 Disember yang lalu.
Dijolok dengan budu

Sekadar gambar hiasan
Lapor Sinar Harian, tertuduh dikenali sebagai Mohd Nor Ashmadian Satar, 35, ketika dibicarakan mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim, Ahmad Bazli Bahruddin.
Difahamkan, tertuduh dipercayai melakukan gangguan seksual kepada banduan lain dengan cara memasukkan botol plastik budu ke dalam dubur mangsa. Mangsa ketika itu tidak merelakan dirinya diperlakukan sedemikian rupa.
Penjara 30 tahun jika sabit kesalahan

Sekadar gambar hiasan
Jika suspek disabitkan bersalah, dia akan dikenakan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan. Kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan.
Mahkamah bagaimanapun tidak menetapkan sebarang jaminan memandangkan tertuduh kini sedang menjalani hukuman penjara berkait kesalahan jenayah dadah, samun, pukul dan menghalang tugas awam.
Sumber: Sinar Harian





![[VIDEO] ‘Saya Tak Boleh Sambut Halloween Sebab Saya Islam, Nanti Dapat Dosa’ – Jebat Jayden](https://asset.ohbulan.com/2026/11/jebat-jauden2.jpg)
![[VIDEO] Dr Fie Sah Bergelar Isteri Kapten Amrul, Terima Mas Kahwin Satu Dinar Emas](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2705.jpeg)
![[VIDEO] ‘Kena Jadi Baik & Ramah Sebab Mereka Datang Dari Jauh’ – Syed Saddiq Nasihat Ayden Santuni Masyarakat](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2675.jpeg)
![[VIDEO] Syed Saddiq Dedah Hati Mula Berpaut Pada Bella Astillah Ketika Di Sabah – ‘Saya Nampak Sisi Dia Yang Berbeza’](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2674.jpeg)