berita

Pelajar Maut Dipukul Dengan Kejam Selepas Muat Naik Status Di Media Sosial, 20 Suspek Dijatuhkan Hukuman Mati

December 9th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Al Jazeera

Di Dhaka, Bangladesh 20 penuntut Universiti Kejuruteraan dan Teknologi Bangladesh (BUET) dijatuhkan hukuman mati manakala, lima lagi penjara seumur hidup berikutan didakwa terlibat dalam satu pembunuhan kejam yang berlaku pada tahun 2019.

Difahamkan, mangsa dikenali sebagai Abrar Fahad berusia 21 tahun dikatakan mengkritik kerajaan di media sosial sebelum mayatnya dijumpai di asrama universitinya.

Dipukul hingga mati

Memetik laporan Al Jazeera, mangsa yang merupakan pelajar tahun dua dipercayai telah dipukul hingga mati oleh 25 pelajar universitinya yang merupakan ahli liga Chhatra, sayap pelajar parti Liga Awami yang memerintah pada 7 Oktober 2019. Pembunuhan yang berlaku mencetuskan amarah dalam kalangan pelajar dan mereka menutut keadilan terhadap mangsa.

Sebelum insiden tersebut berlaku, mangsa dipercayai menulis satu hantaran di Facebook yang menyelar tindakan Perdana Meteri, Sheikh Hasina berikutan menandatangani perjanjian perkongsian air dengan India.

Apa yang lebih mengejutkan, mangsa didakwa telah dipukul dengan kayu pemukul kriket dan objek tumpul lain selama enam jam oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Bapa kepada mangsa, Barkat Ullah ketika ditemui di luar mahkamah seolah-olah berpuas hati dengan hukuman yang dikenakan kepada ‘pembunuh’ anaknya.

Saya gembira dengan keputusan ini. Saya harap hukuman dapat dijalankan segera.

Hukuman yang setimpal

Sekadar gambar hiasan

Difahamkan, pihak mahkamah telah memberikan hukuman yang paling setimpal kepada suspek supaya kejadian ngeri ini tidak lai berulang. Salah seorang peguam bela, Faruk Ahmed, memberitahu Al Jazeera bahawa dia akan mengemukakan rayuan terhadap hukuman itu.

Sebagai tambahan, Dhaka dan New Delhi selama beberapa dekad ‘bergelut’ untuk menandatangani perjanjian perkongsian perairan sungai. Perjanjian kontroversi mengenai perkongsian air dari Sungai Ganga di Bangladesh dilihat sebagai menguntungkan India.

Sumber: Al Jazeera

SKIP THIS AD ×