Pelakon, Fikry Ibrahim meluahkan rasa bangga melihat semakin banyak karya industri hiburan tempatan berkualiti berjaya dihasilkan sepanjang tahun ini.

Artikel Berkaitan: ‘Nampak Ada Atuk & Nenek Menonton Bersama, Itu Adalah Penghargaan Buat Kami’ – Fikry Ibrahim

Artikel Berkaitan: Fikry Ibrahim Nafi Rumah Tangga Bergolak, Beraya Berasingan Kerana Komitmen Keluarga – ‘Saya Izinkan Isteri Balik Kampung’

Membentuk pemikiran lebih baik

Menerusi satu hantaran di Threads, Fikry atau nama penuhnya Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim, 32, berpendapat bahawa filem dan drama bersiri tempatan kini berjaya mengetengahkan budaya Malaysia ke peringkat antarabangsa.

Malah, karya tempatan juga dilihat mampu membentuk pemikiran masyarakat ke arah yang lebih positif.

Tahun ini rasa bangga banyak produk Malaysia yang berkualiti keluar, baik dari filem hingga ke drama bersiri.

Secara tidak langsung, jual budaya kita di luar dan paling penting dapat membentuk pemikiran yang lebih bagus.

Dalam masa sama, aktor filem Libang Libu itu turut menyifatkan tahap kritikan daripada penonton kini semakin matang dan tidak lagi sekadar mempersoalkan perkara luaran semata.

Kritikan penonton pun dah lebih mendalam bukan setakat ‘Baju dia tak elok’.

Drama bersiri baru ‘Good Boys Go To Heaven’ antara yang patut ditonton.

Look ala-ala ‘Ozark’.

Terima kasih pengkarya, terima kasih penonton.

Sumber: Threads