berita

Bangunan Kelas Hanya Nampak Bumbung, Siti Nurhaliza Hulur Sumbangan Buat Mangsa Banjir Di Pahang

January 6th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Umum mengetahui, penyanyi tersohor negara iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza, merupakan anak kelahiran Kuala Lipis, Pahang. Sebagai anak jati negeri tersebut, Tokti meluahkan perasaan risau melihat keadaaan banjir yang melanda hampir kesemua daerah di Pahang sejak beberapa hari ini.

Artikel berkaitan: Keluarga Ini Terharu, Orang Kampung Sanggup Tunggu Tepi Jalan Hulur Bantuan Makanan Kepada Mangsa Terkandas Banjir

Terbaru, Tokti memuat naik beberapa foto mengenai bangunan sekolahnya yang ditenggelami air. Menurut Tokti, dia hanya mampu menitipkan doa dan memberikan bantuan sekadar yang mampu buat semua mangsa banjir.

Bangunan kelas saya

Bangunan kelas saya belajar hanya nampak sayup sahaja bumbungnya. Allah! Semoga usaha ini akan diberkati dan saya juga mengajak followers, rakan-rakan, alumni sekolah serta sesiapa saja yang mahu menyumbang bagi membantu meringankan beban sekolah akibat bencana banjir. Ada ni akaun di bawah.

Kala ini, dengan keadaan saya sekarang, mungkin saya tidak dapat turun padang seperti lazimnya untuk melihat sendiri keadaan banjir namun saya titipkan doa dan membantu apa yang termampu kerana memahami keadaan sukar buat semua mangsa banjir.

Ujar Tokti, keadaannya yang sedang sarat mengandung anak kedua menyebabkan dia sukar turun padang bagi membantu mangsa banjir. Namun, sebagai Naib Yang DiPertua, alumni Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Clifford, dia mengalu-alukan jasa baik dan sumbangan semua pihak terutama dalam bentuk kewangan bagi mempermudahkan urusan mangsa banjir.

Semoga usaha ini dipermudahkan

Melihat keadaan SMK Clifford, Lipis, pagi ini membuatkan saya sebak. Sekolah yang sudah berusia lebih 100 tahun, mempunyai khazanah-khazanah tahun bertahun, sejarah yang tak mungkin ada galang ganti, hampir tenggelam sepenuhnya. Bangunan sekolah, asrama, surau, dewan, pejabat guru, galeri, padang dan kantin, sudah tidak kelihatan kecuali bumbung sahaja.

Dan sumbangan lainnya pada hari gotong royong pembersihan nanti seperti tenaga sukarela, waterjet, makanan, minuman dan sebagainya. Saya akan maklumkan lebih formal selepas ini. Moga Allah memudahkan usaha ini. Aamiin.

Jelas Tokti, sumbangan seperti tenaga sukarela, makanan, minuman dan lain-lain akan diberikan kepada mangs abanjir ketika hari gotong-royong nanti. Tambahnya, dia akan memaklumkan perkara tersebut secara formal selepas ini.

Sumber: Datuk Seri Siti Nurhaliza

SKIP THIS AD ×