berita

Keluarga Ini Terharu, Orang Kampung Sanggup Tunggu Tepi Jalan Hulur Bantuan Makanan Kepada Mangsa Terkandas Banjir

January 5th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Keadaan banjir di Pahang, Johor dan Selangor dilihat semakin membimbangkan apabila seramai 10,501 mangsa banjir daripada 2,949 keluarga ditempatkan di Pusat Permindahan Sementara (PPS) semalam. Bukan itu sahaja, ramai individu yang berkunjung ke negeri tersebut turut terkandas disebabkan laluan untuk pulang semula ke tempat asal masing-masing telahpun ditutup.

Artikel berkaitan: 2 Jam Berpaut Di Pagar, Lelaki Ini Cerita Detik Cemas Selamatkan Wanita Hamil Dihanyut Banjir, Suami Hilang

Di Twitter, seorang lelaki yang dikenali sebagai Hazidi, berkongsi pengalaman apabila mereka sekeluarga terkandas di Kuantan, Pahang.

Orang kampung bagi makan

Menerusi Twitter Hazidi, lelaki tersebut memberitahu bahawa keluarganya telah terkandas di Pahang sewaktu hendak pulang semula ke Kuala Lumpur. Tambahnya, mereka sekeluarga perlu melalui jalan kampung sekitar kawasan Mempaga selepas mengetahui lebuhraya telahpun ditutup. Mengenai keadaan trafik pula, Hazidi memaklumkan terdapat kesesakan lalu lintas yang teruk.

Namun begitu, mereka bersyukur kerana orang kampung telah memberikan makanan dan minuman kepada mereka yang melalui jalan tersebut. Menerusi video berdurasi 0:14 saat itu, kelihatan beberapa orang kampung sedang mengagihkan air minuman dan roti kepada mereka yang melalui jalan tersebut. Zahidi dan keluarga turut meluahkan rasa syukur kerana mereka telah selamat sampai ke Kuala Lumpur meskipun, perjalanan tersebut memakan masa selama 11 jam.

Jangan malu jadi orang kampung

Rata-rata netizen kagum dengan sifat penduduk kampung tersebut kerana sudi memberikan bantuan makanan dan minuman kepada mereka yang terkandas.

Sumber: Hazidi

SKIP THIS AD ×