Sebelum ini, tercetus banyak spekulasi mengenai hubungan di antara pengacara terkenal iaitu Neelofa bersama PU Riz. Bukan itu sahaja, netizen juga tertanya-tanya mengenai cincin di jari manis Neelofa sewaktu dia membuat Live Instagram menjelaskan dakwaan tidak benar mengenai hubungan mereka berdua, tempoh hari.
Artikel berkaitan: ‘Neelofa Dah Tak Pakai Cincin Tunang’ – Netizen
Artikel berkaitan: Teruskan Perniagaan Dengan PU Riz, Cincin Di Jari Manis Neelofa Undang Tanda Tanya?
Terbaru, hubungan antara Neelofa dan PU Riz dikhabarkan sudah kembali pulih selepas dilihat kedua-dua mereka berbalas Like di foto masing-masing.
Beri tanda Like
Selepas hampir sebulan isu perhubungan antara Neelofa dan PU Riz menjadi perbualan ramai, pengacara itu dilihat mula memberi bayangan ikatan mereka semakin baik. Malah, Neelofa juga dilihat memberi tanda Like pada foto PU Riz yang dimuat naik pendakwah bebas itu baru-baru ini.
Foto yang dimaksudkan itu adalah foto memaparkan PU Riz sedang memegang buku penulisannya bertajuk Kaya Jiwa. Malah, peminat juga menyedari tanda Like yang diberikan Neelofa kepada Pu Riz itu.
Pernah promosi buku PU Riz
Difahamkan, tanda Like tersebut adalah yang pertama diberikan selepas perkhabaran mengenai hubungan pasangan ini didakwa retak pada Disember tahun lalu. Tindakan pasangan ini saling berbalas Like dalam posting di Instagram masing-masing menguatkan lagi khabar angin bahawa hubungan mereka sudah kembali pulih.
Malah, lebih menguatkan spekulasi lagi, Neelofa kelihatan pernah mempromosikan buku Kaya Jiwa penulisan PU Riz di IG Story tempoh hari.
Sumber: Kosmo