Umum mengetahui, Neelofa sudah mengeluarkan kenyataan mengenai spekulasi yang hangat diperkatakan mengenai dirinya dan Pu Riz. Menurutnya, kesemua dakwaan tersebut adalah tidak benar.
Artikel berkaitan: Didakwa Putus Tunang, Neelofa Akui Keluarga Sedang ‘Berbincang’ Cari Penyelesaian
Namun begitu, segelintir netizen masih mendakwa bahawa hubungan mereka berdua seolah ‘sudah berakhir’ selepas pelbagai spekulasi yang timbul. Tambahan, bekas pengacara ‘Meletop’ itu dipercayai tidak lagi memakai cincin tunang ketika memuat naik video di Instagram, semalam.
Tiada cincin di jari
Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Neelofa, dia menafikan sudah berkahwin dengan Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail di Kelantan seperti yang tersebar. Pada masa sama, Neelofa turut menafikan tuduhan yang mendakwa kononnya dia terkena ubat pengasih dan memindahkan sejumlah duit yang banyak kepada pendakwah muda itu.
Ujarnya lagi, kedua belah keluarga dalam proses perbincangan untuk mencari titik penyelesaian mengenai hubungan mereka berdua. Sepanjang video tersebut, rata-rata netizen turut mendakwa hubungan pasangan tersebut sudah berakhir. Ini kerana, Neelofa tidak memakai cincin tunang ketika menjawab segala spekulasi yang berlaku. Setakat ini, video yang dimuat naik Neelofa itu sudah melebihi dua juta tontonan dan mendapat lebih 14,000 komen. Neelofa dan PU Riz juga tidak mengeluarkan sebarang kenyataan lagi mengenai status hubungan mereka sekarang ini.
Sumber: Neelofa