berita

‘Banyak Benda Jadi Sebelum Ini, Mungkin Ini Allah Nak Balas’ – Marsha Syukur Raih 2 Trofi AJL36 Semalam, Michael Ang Cakap ‘She Deserve’

March 7th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Lagu ‘Cinta’ nyanyian Marsha Milan berjaya dinobatkan sebagai Naib Juara AJL36, semalam. Bukan itu sahaja, penyanyi kelahiran Sabah ini turut merangkul anugerah Persembahan Terbaik. Kemenangan yang diraih oleh Marsha ternyata disokong oleh semua pihak yang menyaksikan anugerah berprestij tersebut.

Tak tahu nak cakap apa

Menurut Marsha, dia berterima kasih kepada semua yang sentiasa ada di sisinya sepanjang perjalanan lagu ‘Cinta’. Seperti finalis yang lain, Marsha tidak meletakkan apa-apa harapan untuk AJL36. Namun, dia berjanji akan memberikan yang terbaik buat semua yang menyaksikan anugerah tersebut. Tambah Marsha, dia tidak sangka berjaya merangkul dua anugerah sekali gus semalam. Ujarnya lagi, Akim dan Stacy merupakan insan yang penting bagi lagu ‘Cinta’. Tanpa mereka berdua, lagu ini tidak akan wujud dan berada di tahap ini.

Terima kasih Ya Allah. Mungkin sebelum ini banyak benda jadi dekat Marsha dan mungkin ini juga Allah nak balas semula. Terima kasih semua yang menyokong dan buat Akim dan Stacy terima kasih kerana berjaya buat lagu ini berada di sini.

You go girl!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

Wow Marsha gave all she had tonight! Tepokkkkkkkkkk! Simple and all about her. U go girl u deserve every minute of it! Ok aku memang bias sebab kawan ku! Ok fans aku sila la vote Marsha for cinta ok! I luv u all hahahaha tak pernah lagi aku pancing vote. Vokal terbaik Marsha atau Aina atau Haqiem.

Di Twitter, penerbit, pengarah dan pelakon Michael Ang memberi pujian buat Marsha semasa menyanyikan lagu ‘Cinta’ semalam. Menurut Michael, Marsha antara penyanyi yang mempunyai vokal yang mantap dan cara nyanyiannya penuh penghayatan. Tambah Michael Ang, Marsha layak untuk menang dan menerima anugerah semalam.

Sumber: Michael Ang

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×