Penyanyi, Haqiem Rusli seakan mengakui bahawa dirinya dan isteri, Anis Sofea telah didatangi dengan pelbagai ujian dan dugaan sejak akhir-akhir ini.
Artikel Berkaitan: Netizen Tegur Isteri Haqiem Rusli Macam Tak Bersiap Pergi Majlis
Artikel Berkaitan: ‘Kita Bagi Anis Masa, Saya Tidak Mahu Memaksa’ – Haqiem Rusli
Akan lalui ujian bersama
Terbaru, Haqiem atau nama sebenarnya, Ridzuan Haqiem Bin Rusli memuat naik gambarnya bersama Anis di Instagram story beserta kata-kata semangat dituju khas buat isteri tercintanya itu.
Banyak dugaan datang menimpa, tapi kita lalui sama-sama tau sayang, I love you so much.
Menerusi hantaran tersebut, dapat dilihat mereka berdua tetap terus tersenyum walaupun dihimpit dengan pelbagai kontroversi dan hinaan sejak kebelakangan ini.
Terdahulu, nama isteri Haqiem, Anis Sofia tidak lekang dari mulut peminat selepas dilihat mengambil keputusan untuk tidak lagi mengenakan hijab.
Bukan itu sahaja, penampilan Anis ketika menghadiri sesi perasmian bagi sebuah jenama produk kecantikan tempatan turut dikutuk segelintir netizen yang beranggapan gaya rambutnya kelihatan seperti tidak bersiap dan kurang rapi.
Untuk info, Haqiem dan Anis berkahwin di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya pada 19 November 2021 yang lalu.
Sumber: Instagram