berita

‘Kita Bagi Anis Masa, Saya Tidak Mahu Memaksa’ – Haqiem Rusli

April 28th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

Nama penyanyi Haqiem Rusli menjadi bualan ramai apabila isterinya, Anis Sofea sudah tidak lagi mengenakan tudung sejak 1 Syawal.

Artikel Berkaitan: Isteri Haqiem Rusli Tayang Rambut, Padam Gambar Bertudung Di Instagram

Artikel Berkaitan: Rumah Tangga Haqiem Rusli & Isteri Bahagia, Muat Naik Foto Bersama Dengan Emoji ‘Love’

Terima ujian rumah tangga

Memetik laporan Harian Metro, Haqiem menyatakan dia sudah berusaha menjadi suami yang baik sepanjang dua tahun perkahwinan mereka.

Kata penyanyi berumur 26 tahun, perbuatan Anis menanggalkan hijab adalah satu ujian dalam rumah tangga namun dia sebagai suami tidak akan berhenti mendidik.

Saya sebenarnya tidak mahu komen lebih (isu isteri tanggalkan hijab) sebab ini adalah berkaitan kehidupan peribadi.

Cuma apa yang boleh dikatakan, saya sudah cuba sehabis baik untuk menjadi suami yang baik kepada Anis.

Saya terima ujian ini dan masa sama berharap doa yang baik-baik daripada semua orang. Kita bagi dia (Anis) masa dan saya juga tidak mahu memaksa.

Jarang ‘upload’ gambar bersama

Dalam pada itu, pemilik nama Ridzuan Haqiem Rusli tidak ambil pusing dengan pelbagai cerita yang timbul mengenai rumah tangganya.

Tidak kisahlah apa ‘assumption’ (andaian) atau siapa yang nak reka cerita kerana hubungan saya dengan isteri baik saja.

Perkara ini mungkin timbul apabila saya sudah jarang upload (muat naik) di media sosial tetapi itu tidak bermakna hubungan rumah tangga saya bermasalah.

Raya pun kami beraya di rumah keluarga dua-dua belah pihak dan datang ke Pulau Pinang juga bersama-sama.

Pada 1 Syawal, Anis atau nama sebenarnya Wan Anis Sofea Wan Zamzuri, 21, memuat naik foto mengenakan selendang namun memperlihatkan bahagian rambut.

Selain itu, usahawan terbabit turut memadam kesemua foto dirinya bertudung dan gambar bersama pelantun lagu Tergantung Sepi.

Sekadar info, Haqiem berkahwin dengan Anis pada 19 November 2021.

Majlis perkahwinan itu menjadi topik hangat apabila nilai keseluruhan kedua-dua mempelai dianggarkan mencecah angka lebih RM7 juta.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×