
Pelakon, pengarah dan penerbit tersohor, Erma Fatima mendedahkan banyak karya yang dihasilkannya sebelum ini telah disekat daripada tontonan umum.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Kritik Drama Baru Erma Fatima, Dakwa Pilih Pelakon Golongan ‘Mak Nyah’ – ‘Buat Tapisan Dulu Tak Sebelum Ambil Dia?’
Pengkarya lawan arus
Menerusi hantaran di platform Threads, Erma, 57, berkata, cabaran untuk berkarya secara jujur kadang kala membuatkan dirinya terasa seolah tidak bebas menghasilkan cerita dengan acuan sendiri.
Rupanya banyak juga karya saya yang dibanned (disekat) sebelum ini. Memang payah menjadi seorang pengkarya yang melawan arus.
Dalam hantaran sama, Erma secara berseloroh memberitahu, mungkin selepas ini dia hanya akan menghasilkan karya bertemakan isu klise seperti ‘penyondol’ dan ‘cinta terlarang’ kerana lebih mudah diterima khalayak.
Lepas ini mungkin saya kena buat cerita tentang penyondol dan cinta terlarang sahaja, itu memang confirm tidak akan disekat. Sekarang dah pokai pula.
Erma terkenal sebagai seorang pengkarya yang berani menyentuh isu-isu sensitif, realiti masyarakat serta naskhah penuh nilai kemanusiaan.
Antara karya Erma yang mencetuskan perdebatan dan mendapat sorotan adalah Bidaah, Keluarga Itu serta banyak lagi.
Malah yang terbaharu, drama bertemakan kehidupan golongan ‘mak nyah’ bertajuk Pondan Itu juga meraih pelbagai respon.
Sumber: Threads