
Usahawan Asyraf Khalid tampil berkongsi kisah mengenai bapa kepada pelakon Aedy Ashraf selepas menonton sebuah podcast baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Asyraf Khalid Jernihkan Hubungan Dengan Fazura, Akui Khilaf Ulas Hal Peribadi – ‘Dia Mendengar & Terima Permohonan Maaf Saya’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Asyraf Khalid Kenalkan Saya Dengan Hawa Rizwana’ – Boss James
‘Saya kenal bapanya’ – Asyraf Khalid
View on Threads
Menerusi hantaran di Threads, Asyraf berkongsi bahawa dia sebenarnya sudah lama mengenali bapa Aedy kerana lelaki itu pernah menjaga dia dan abangnya, Adib ketika kecil dahulu.
Bapa Aedy pernah jaga saya dan abang saya Adib masa kami kecil. Ayah percayakan dia dengan anak-anaknya dan dia jaga kami dengan sepenuh hati,
Menurut Asyraf, kisah yang dikongsikan dalam podcast itu membuka sisi kehidupan seorang lelaki yang pernah melalui pelbagai ujian sehingga dipandang serong masyarakat.
Bagaimanapun, dia kagum apabila bapa Aedy akhirnya bangkit semula dan memilih untuk membina kehidupan baharu dengan lebih baik dan penuh tanggungjawab.
Dalam podcast itu Aedy cerita tentang bapanya, seorang lelaki yang pernah tersasar jauh dalam hidup, yang pernah dipenjarakan, yang masyarakat dah ‘write off’.
Tapi bila dia keluar, dia tak lari daripada tanggungjawab. Dia bina semula dirinya secara senyap dan khidmat orang lain dengan penuh amanah.
Kadang-kadang lelaki yang pernah paling jauh tersasar, adalah bapa yang paling dalam doanya untuk anaknya berjaya.
Dalam pada itu, Asyraf turut berkongsi mengenai keperibadian lelaki tersebut yang sentiasa menzahirkan rasa bangga terhadap anaknya.
Dan sepanjang tu, dia selalu sebut nama anaknya kepada sesiapa yang dia jumpa. Dia bangga.
Itulah cara dia. Lelaki generasi itu kadang-kadang tak tahu nak cakap terus pada anak yang mereka sayang. Tapi mereka akan cakap pada orang lain. Itu cara mereka berkata ‘I love you’
Asyraf kini mengakui berbangga melihat kejayaan Aedy bukan sahaja sebagai pelakon, malah sebagai penerbit filem apabila Tarung: Unforgiven berjaya mencatat kutipan RM10.5 juta dalam tempoh seminggu dan menjadi filem nombor satu box office Malaysia.
Sumber: Threads Asyraf Khalid