berita

‘Bapa Aku Yang Sara Biawak Hidup & Bagi Cucu Duit’ – Menantu Zainal Abidin

March 15th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Kemelut rumah tangga anak dan menantu Datuk Zainal Abidin nampaknya, masih belum menemui titik noktah. Terbaru, Sofea Smeth dilihat meluahkan rasa terkilan sebaik sahaja menerima satu mesej yang cukup mengguris perasaan daripada suaminya, Zaiza Zainal Abidin.

Artikel berkaitan: ‘Awak Provok & Aibkan Saya, Awak Ajar Anak-Anak Maki Hamun Saya’ – Menantu Zainal Abidin

Panggil betina?

Menurut Sofia, Zaiza telah mengaitkan mendiang ayah mentua dalam penghinaan yang dilakukan. Sebagai anak, Sofia berkata, dia berasa ralat kerana selama ini bapanya banyak membantu mereka dari segi kewangan terutama buat cucu-cucu memandangkan Zaiza didakwa culas memberi nafkah.

Tambah Sofia, dia tidak dapat memaafkan Zaiza kerana tergamak mengungkit tentang bapanya yang sudah tiada.

Benci dia. Jangan palitkan ke orang tua yang sudah tiada. Apalagi arwah banyak membantu selama ini. Masih berdarah kubur. Hati tak kuat bila dia sentuh mak ayah. Kenapa nak siksa mental kita. Dia belum merasa.

Terdahulu, Sofia pernah mendakwa Zaiza tidak bekerja selama 6 tahun. Susulan itu, dia perlu mengambil tanggungjawab untuk menyara keluarga. Tatkala, berkhidmat sebagai pramugari di sebuah syarikat penerbangan, Sofia dituduh berselingkuh.

Sumber: Sofia

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×